1.4.15

MASAK TUMIS SAYUR BUNCIS TAUHU

For dinner semalam, masak tumis sayur buncis tauhu ini dan terus teringat nak share walaupun ramai yang pasti sudah mencubanya.  Teringat kepada anak-anak yang baru berjinak nak ke dapur belajar masak, pasti resipi ini dapat membantu kerana ianya bukan sahaja enak tetapi mudah dan simple untuk disediakan.  Sayur tu jangan masak lama sangat, nanti tak sedap & hendaklah dikacau2 selalu, biar dia rangup-rangup sikit...make sure api untuk masak tu kuat yer, biar panas betul kuali tu....selamat mencuba...

Bahan-bahannya

  • Dalam seikat kacang buncis (buang urat tepinya & dipotong serong)
  • 2 keping tauhu putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2-3 sudu udang kering direndam sebentar
  • atau beberapa ekor udang hidup (buang kulit dan bersihkan)
  • 2 biji cili merah dihiris serong
  • Serbuk lada hitam
  • Garam & gula sebagai perasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang-bawang merah dan putih hingga wangi.
  3. Masukkan udang kering/hidup yang sudah dibersihkan.
  4. Kacau sampai sebati.  Masukkan tauhu yang telah digoreng dan dipotong empat tadi dan biarkan sebentar sambil dikacau-kacau.
  5. Akhir sekali bolehlah dimasukkan kacang buncis serta cili merah yang telah dipotong tadi.
  6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula dan juga serbuk lada hitam secukup rasa.
  7. Tutup api, angkat dan hidang.
  8. Sedap dimakan panas dengan nasi putih.
Suka sangat tengok kehijauan & kesegaran kacang buncis ini..nyaman rasanya....




No comments:

Post a Comment