1.4.15

CHEESEKUT LEMAK BERKRIM


Entri semalam saya telah berkongsi recipi Biskut Marie Lapis Cream Cheese yang mengguna samada biskut marie atau cream crackers.  Hari ini saya telah mencuba resipi yang lebihkurang sama juga tapi yang ini mengguna Biskut Saltcheese cracker (seperti didalam gambar di bawah). Sedap pulak bila guna biskut ini instead, ade rasa lemak-lemak masin.  




Saya rasa resipi yang ini lebih lemak kerana ianya mengguna butter, icing sugar dan juga cream dan lebih sedap apabila dilapis dengan salt cheese crackers yang telah dicelup dengan susu sebentar dan di atasnya ditabur dengan milo (dicampur dengan nestum) dan diantara lapisan biskut dan cream tadi, saya taburkan juga sedikit coklat rice...Aduhai memang terbaek sedapnya!.....kepada yang hendak rase kelainannya, cubalah try yang versi ini.

Bahannya

  • 125 g mentega
  • 250 g cream cheese Philadelphia
  • 1 cawan gula aising
  • 170 g Nestle cream (1 tin kecil)
  • 3 bungkus Khong Guan salt cheese cracker
  • 1 cawan susu segar

Caranya

  1. Pukul gula aising dengan mentega sampai kembang dan gebu
  2. Masukkan cream cheese dan pukul lagi sampai sebati dan gebu
  3. Masukkan Nestle cream dan pukul sebati.  Ketepikan.
  4. Celup biskut dalam susu dan susun dalam bekas/loyang hingga tertutup permukaan bekas yang dialaskan dengan baking paper.
  5. Kemudian lapis permukaan biskut dengan adunan krim tadi dan ratakan.
  6. Ulang proces tadi hingga dapat ketebalan yang diingini atau sehingga biskut/krim habis
  7. Pastikan krim merupakan lapisan terakhir
  8. Akhir sekali ayak sedikit milo dipermukaan kek atau boleh diganti dengan nestum atau serbuk biskut
  9. Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman sebelum boleh dipotong.

No comments:

Post a Comment