7.4.15

NASI GORENG IKAN MASIN




Assalammualaikum & salam sejahtera semua yang sudi singgah di blog makanan "My HomeRecipes" Kak Raja ini. Semoga semuanya sihat dan happy selalu hendaknya.

Entri kali ini, Kak Raja hendak share resipi Nasi Goreng Ikan Masin yang Kak Raja masak buat makan malam semalam.  Oleh kerana hanya Kak Raja dan suami jer yang tinggal di rumah, kadang-kadang malas nak masak beriya-iya sangat, cukup ala-kadar saja.  So semalam teringat nak masak nasi goreng sahaja lagipun dah lambat sikit sampai rumah dari ofis.  Bukak fridge tengok ade ikan masin tenggiri then ada cili api, ade sayor sawi..apa lagi terus decide masak jer nasi goreng ikan masin tapi yang pasti, Nasi Goreng Ikan Masin ini sangatlah sedap sedap & sedap, lepas tu ada pulak masak daging halia...phew! apa lagi memang bertambah-tambah makan....Alhamdullillah rezeki dari Allah jua..kita cuma dapat bersyukur kepadaNya...

Kalau hari ini, rasa nak masak simple-simple jer untuk family, Kak Raja cadangkan try resipi ini..ianya jugak mudah disediakan...Jom kita tengok bahan-bahannya, kalau dah ada, apa lagi, jom masak......

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk
  • Sepotong besar ikan tenggiri masin/atau ikan kurau masin (disiat2 atau dihiris nipis-nipis)
  • Sedikit sayor sawi/kailan - 
  • Sedikit minyak 
  • Kicap cair
  • Sos tiram
  • Bahan perisa (jika guna)
  • Garam 

Bahan tumbuk:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili api (ikut suka - tahap kepedasan masing-masing)

Bahan-bahan Optional (sebagai hiasan)

  • Daun bawang/daun sop - dihiris halus
  • Cili merah - dihiris halus
  • Timun, salad dan tomato
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumiskan bahan-bahan tumbuk tadi hingga garing dan wangi.
  3. Masukkan ikan masin yang telah disiat-siat dan dihiris nipis tadi dan gaul rata.  
  4. Boleh ditambah sedikit kicap cair atau sos tiram jika suka
  5. Masukkan garam secukup rasa (sikit sahaja kerana dah ada ikan masin & kalau ada guna kicap cair dan sos tiram) dan bahan perisa (kalau guna).
  6. Kemudian bolehlah dimasukkan nasi tadi dan gaul sampai semuanya rata & sebati
  7. Akhir sekali bolehlah ditaruh sayor sawi atau kailan yang telah siap dipotong & dibersihkan tadi
  8. Saya pecahkan sebiji telor ditengah2 nasi dan setelah nampak "set" bolehlah dikacau2 campuran nasi ini sehingga elok sebati dan rata semuanya.
  9. Tutup api dan angkat untuk dihidangkan ke dalam pinggan hidang.
  10. Hiaslah dengan timun yang telah dihiris nipis2 serong atau daun salad & tomato atau ditabur dengan daun bawang/daun sop dan cili merah yang telah dihiris halus.
  11. Selamt mencuba dan menjamu selera.

Simple dan so sedap!..kalau tak percaya, cer try mesti tak menyesal.....Selamat mencuba Kak Raja ucapkan.

No comments:

Post a Comment