15.4.15

PISANG GORENG CHEESE


Pisang Goreng cheese ni memang sedap kalau dimakan panas-panas bila cheese & caramel butter & susu tu cair, fuhh memang lupa dunia sekejap, hehe...sampai cucu Kak Raja (actually dah Opah dah ni) lil Muadzam pun amat menggemarinya....masa percutian sekeluarga Kak Raja ke Jakarta/Bandung tahun lepas, memang merata-rata orang menjual pisang goreng cheese ni....memang sedap dan masa hendak balik itu, siap kami beli berpaket-paket untuk dibawa pulang.

Dan Sebenarnya (cewah, macam lagu Yuna pulak Dan Sebenarnya..Yuna pun bukan orang lain bila dia adalah anak kepada sepupu Kak Raja juga,..so Yuna tu macam my niece jugaklah cewah!) bukan susah rupanya hendak buat Pisang Goreng Cheese ini, rasanya anak-anak dan budak-budak pun boleh membuatnya...Goreng jer pisang tu macam biasa dengan bancuhan tepung dan bahan-bahan sewaktu dengannya seperti di bawah atau lebih senang beli jer tepung untuk goreng pisang yang ada dijual dipasaran atau hendak senang lagi, beli jer pisang goreng di stall pisang goreng di tepi-tepi jalan tu balik buat sosnya dan tabur dengan cheese yang telah disagat...,mudah sangat...Resipi Pisang Goreng Cheese ini Kak Raja ambik dari sini sana bercampur aduk...Jom kita intai bahan-bahan dan cara yang perlu untuk menikmati dessert yang dasyat sedapnya ini...Jom!

Bahan-bahan

  • Beberapa biji pisang Tanduk (dipotong mengikut citarasa masing2)
  • Tepung Gandum
  • Tepung Beras
  • Sebiji telur
  • Satu sudu besar butter
  • Air atau santan atau susu (mana yang suka)
  • Secubit garam
  • Serbuk kunyit/pewarna kuning 
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Cairkan butter
  2. Satukan tepung gandum, tepung beras (biasanya sukatan tepung beras hendaklah separuh dari sukatan tepung gandum : kalau tepong gandum 2 cawan, tepung beras 1 cawan), garam, pewarna, baking powder, santan/susu/air dan telur.  Kacau sampai sebati dan rata.
  3. Tuangkan butter yang telah dicarikan tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan pisang.
  5. Panaskan minya dalam kuali dan goreng pisang hingga kuning keemasan
  6. Angkat dan toskan minyaknya

Bahan-bahan 

Untuk Sos & Topping

  • Cheddar cheese (diparut)
  • 1-2 sudu besar butter - 
  • 1-2 sudu besar susu pekat manis (condensed milk)

Cara-cara Membuat Sos & Topping

  1. Dalam kuali yang bersih, cairkan butter
  2. Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
  3. Kacau rata
  4. Masukkan pisang yang telah siap digoreng tadi & gaul rata
  5. Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
  6. Taburkan dengan keju cheddar yang telah disagat dan taburkan dengan choc rice atau parutan coklak masakan jikalau suka
  7. Pisang goreng cheese ini enak dimakan ketika masih panas.

Ya Ampun! Enaknya bila ianya dimakan semasa masih panas-panas lagi!.  tengoklah tu meleleh-leleh caramel syrup butter dan susu dengan taburan cheese di atasnya..Enjoy!


No comments:

Post a Comment