16.4.15

BISKUT BANGKIT CHEESE




Kak Raja sebenarnya tidak berapa gemo biskut bangkit dan biskut bangkit bukanlah di antara biskut-biskut yang kak Raja buat bila menjelangnya musim Raya.  Bercakap mengenai biskut bangkit membuat Kak Raja teringat pulak suasana raya time-time arwah2 ibu & bapa mertua kak raja masih hidup, biskut bangkit ini adalah merupakan salah satu biskut yang mesti ada di kalangan bermacam-macam jenis biskut yang terhidang di atas meja pada hari raya.  Biasanya kak raja akan temankan emak mertua pada malam sebelum hari raya pergi ambil biskut bangkit yang ditempah dengan saudara di Kampung Gajah di Perak sini...sampai sekarang bila tengok jer biskut bangkit teringat kat mother in-law and suasana beraya beramai-ramai...Alfatihah kepada beliau dan bapa mertua semoga tenang di sana dan ditempatkan bersama dengan orang orang yang beriman...Aamiin..

Kali ini Kak Raja hendak share resipi Biskut Bangkit Cheese yang diambil daripada penyumbang resipi asal iaitu dari AlongRoz dan tidak lupa nak ucapkan terima kaseh di atas resipi yang sedap ini dan izinkan Kak Raja sharekan di sini ye...You all cubalah buat biskut ini untuk Raya akan datang..memang tersangatlah sedap dan tersangatlah crunchy tersangatlah rapuh and they melt in the mouth!...Kak Raja yang tak suka biskut bangkit pun dan menggemarinya because of the cheese kat dalam..memang hantu cheese pun Kak Raja ni....

Bahan-bahan

  • 250g mentega
  • 180g gula aising
  • 2 kuning telur
  • 250g tepung ubi - sanggar 10 minit
  • 225 tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam
  • 70g parutan keju cheddar
  • Sedikit parutan keju untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul  mentega dengan gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati
  3. Masukkan bahan-bahan kering
  4. Canai dan terap
  5. Tabur parutan keju atas setiap biskut
  6. Bakar pada suhu oven 160 deg cel selama 15 minit

2 comments:

  1. Kenapa kata tabur parutan cheese atas setiap biskut tp gmbr xde pun taburan tu? Akk dh try belum resepi ni?

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete