14.12.16

CRISPY CRUNCHY YUMMY CHOCOLATE CHIPS COOKIES



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi singgah.  Lama juga rasenya tak update blog saya ini.  Kadang-kadang bila malas tu, satu sen pun tak guna tapi kalu rajin, tak mahu pula berhenti update....hehehe...ada-ada jer le...



Anyway, hari ini nak share sikit resipi yang paling best untuk choc chips cookies yang saya telah cuba buat semalam.  Setelah sekian lama tercari-cari resipi yang bagus, akhirnya dapat yang ini dari Shahila Hanim dan saya nak ucapkan terima kaseh di atas perkongsian ini.  Betul kate yang telah berkongsi resipi ini "Confirm tak boleh stop bila dah makan"...memang ye...choc chips cookies ini memang terbaik kalau tak percaya, silalah cuba...bila dah cuba, silalah share komen anda samada setuju atau tidak....so jangan nak berlengah-lengah lagi, jom kita jenguk resipinya, then gi cari bahan-bahannya supaya kita boleh mula sekarang juga.....

Happy baking uolls!

Bahan A

  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudubesar susu cair/susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudukecil esen vanilla
  • Secubit garam

Bahan B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudukecil cream of tartar
  • 1 sudukecil baking powder
  • 1 sudukecil bicarbonate of soda
  • 2 cawan choc chips (boleh campur guna 1 cawan choc chips & 1 cawan choc rice)
  • 1 cawan kekacang (tak kira apa jenis, walnut, almonds, pecans - saya goreng tanpa minyak sekejap supaya cookies jadi lebih garing)

Cara

  1. Pukul Bahan A hingga sebati jangan pukul lama, dalam seminit cukup
  2. Masukkan Bahan B yang telah dicampur dan diayak dan gaul hingga sebati dengan senduk kayu
  3. Akhir sekali masukkan choc chips dan kacang
  4. Adunan agak lembik dan jarakkan sedikit semasa susun adunan
  5. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170 deg celcius
  6. Selamat mencuba

2 comments:

  1. Thanks for sharing the wonderful recipes. Just tasted the choc chip cookie from the master baker herself. Very yummy indeed!

    ReplyDelete
  2. Thank you Shirley...you can try this very easy recipe for christmas

    ReplyDelete