29.12.16

KUIH KERIA GULA MELAKA




Pada percutian keluarga saya di Melaka 25-27 Disember 2016 baru-baru ini, saya tidak melepaskan peluang untuk merasai kenikmatan kuih keria antarabangsa Hj Jalili di Limbongan Melaka yang dikatekan sangatlah popular kerana keenakannya dan uniknya kerana kuih keria ini disalut dengan gula melaka.

So pada hari kedua kami di sana, kami pun pergilah ke lokasi yang berkenaan dalam lebih kurang pukul 5 ptg kerana dikatekan ianya tutup pada jam 7 malam.  Terkejut jugalah bila sampai je, terdapat barisan yang sangatlah panjang.  Berkata-kata saya dan anak perempuan saya, macam mana ini, panjang sangat sempat ke sampai giliran kita, kuihnya kami nampak hanya tinggal setalam penuh.  Tak apelah we give it a try, so kami pun beraturlah dengan penuh kesabaran.  Tiba-tiba datang tukang jual keria kepada barisan sambil mengira hanya setakat 26 orang dibenarkan menunggu dan yang selebihnya terpaksa pulang dengan rasa hampa.



Sambil itu, penjualan tergendala sebentar kerana mereka pergi mengambil lagi stok kuih keria di rumah yang agak kami terletak di belakang kedai.  Lama juga menunggu, adalah dalam 20 minit. Akhirnya sampai juga giliran kami dan setiap pembeli diberi 2 bungkus dan tidak lebih dari itu dan setiap bungkus mengandungi 10 biji kuih keria yang masih panas.  Memandangkan waktu makan malam sudah pun dekat, kami rasa dua bungkus terlampau banyak untuk kami bertiga iaitu saya, suami dan daughter.  Nak buat cerita, ada pula seorang pembeli kelihatan merayu kepada tukang jual keria minta dijual sebungkus kerana pada waktu itu, semua bungkusan sudah berpunya.  Saya dan anak saya mengambil keputusan untuk menjual sebungkus yang kami ada kepada orang berkenaan yang dikatakan dari KL.  Wah bukan main happy dia.  Alhamdullilah dah rezeki dia, kami pun ikhlas.  Semoga kita sama-sama dapat merasai kuih keria yang sangatlah viral kini.

Balik jer dari Melaka, saya pun apa lagi tak sabar-sabar nak cuba buat sendiri.  Gual melaka pun ada dibeli masa di Melaka.  So inilah hasilnya.  Sedap juga macam lebih kurang keria Hj Jalil itu juga....hehehe.  Apa-apa pun terima kasehlah kerana memberi inspirasi kepada kami mencubanya....So apa lagi, jom tengok resipinya...jangan tak try pulak ye....Selamat mencuba!



KUIH KERIA GULA MELAKA

Sumber resipi : Azlita MasamManis blog

Bahan-bahannya

  • 500 gm ubi keledek (saya guna yang putih kerana ianya kurang serap air dan mudah dibentuk)
  • 1 cawan tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Sira

  • 1 1/2 ketul gula melaka (dihiris)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan air

Cara-cara membuatnya

  1. Keledek dikupas kulitnya, potong sederhana besar dan rebus bersama air dan sedikit garam hingga empuk.
  2. Setelah empuk, dilenyek hingga halus
  3. Campurkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak dan bentukkan doh seperti roda bula
  5. Buat hingga habis adunan
  6. Susun keria atas loyang yang disapukan tepung supaya tidak melekat
  7. Panaskan minyak dalam kuali
  8. Gorengkan keria hingga keperangan
  9. Angkat dan biarkan sejuk
  10. Dalam kuali yang bersih
  11. Satukan bahan sira
  12. Masak hingga berbuih dan gula menjadi pekat
  13. Bolehlah ditutup api dan terus masukkan keria dan kacau hingga bersalut sempurna dan gula melekat pada keria 
  14. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment


 photo copyright.jpg
blogger template by envye