30.12.16

HOMEMADE ROTI GULA


Kalau ada roti berlebihan, jangan khuatir dan jangan membazir.  Selain dari membuat Pudding Roti dengannya, ape kate kita buat Roti Gula yang sememang disukai ramai ini termasuklah keluarga saya. Biasanya kita beli saja di kedai-kedai bakeri, tapi kali ini apa kata, kita cuba buat sendiri.  Senang sangat caranya dan bahan-bahan yang hendak digunakan sentiasa ada di dapur kita.  Saya lebih suka guna butter untuk disapu di atas roti kerana ianya rasa lebih lemak dan enak.

Saya sudah berkali-kali buat Roti Gula ini.  Biasanya saya akan buat lebih sikit untuk disimpan sebagai stok.  Roti Gula ini sesuai dibuat kudap2an di kala pagi atau petang dan sangat enak bila dicicah dengan Teh-O atau Nescafe-O.  Dulu-dulu saya beli jer tetapi sekarang sejak dah boleh buat sendiri, bila-bila masa rasa nak makan, terus buat kerana ianya begitu mudah sekali.


Jom kita tengok resipinya yang sangatlah simple ini...Jom!

RESIPI ROTI GULA

Sumber : Gee-Hut

Bahan-bahannya

  • Beberapa keping roti (Gardenia atau Massimo atau terpulang)
  • Butter (saya guna buttercup, lebih sedap)
  • Gula pasir

Caranya

  1. Sapukan butter ke atas roti dan taburkan gula pasir
  2. Jika suka, boleh dipotong dua roti-roti yang telah disapu butter dan bergula tadi
  3. Susun di atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit butter
  4. Masukkan ke dalam oven suhu 165 deg cel selama 15 minit atau bila kelihatan garing dan golden
  5. Keluarkan dan sejukkan
  6. Sedia dinikmati
  7. Simpan di dalam bekas kedap udara dan boleh dimakan pada bila-bila masa

No comments:

Post a Comment