15.12.16

NASI GORENG IKAN BILIS & PETAI YANG PALING ENAK



Resipi Nasi goreng Ikan Bilis dan Petai ini bukan sahaja sangatlah simple untuk disediakan, tetapi tersangatlah sedap.  Terasa pulak hendak share resipinya yang saya dapati dari blog Azie Kitchen. Oleh kerana ianya sangat mudah untuk disediakan, saya dah membuatnya beberapa kali, memang lazat.  Kalau tak percaya, boleh tengok resipi di bawah dan bolehlah cuba membuatnya.

Selamat mencuba ya...

Bahan-bahan

  • Nasi putih
  • 1 genggam ikan bilis digoreng garing
  • 1 gengam petai - hiris dan goreng
  • 3 biji telur
  • Garam

Bahan tumbuk

  • 5 tangkai cili merah
  • 1 tangkai cili hijau
  • 4 tangkai cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Belacan

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.  Angkat tos dan ketepikan. 
  2. Goreng pula petai seketika dan angkat.  Ketepikan
  3. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan telur.  Kacau telur supaya bergaul rata dan masukkan nasi putih.  Kacau rata
  5. Masukkan ikan bilis dan petai yang telah digoreng.  Kacau rata.
  6. Masukkan garam secukupnya
  7. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan panas-panas







No comments:

Post a Comment


 photo copyright.jpg
blogger template by envye