16.11.15

KEK BUAH VERSI BAKAR


Hari ini nak share pulak resipi Kek Buah versi bakar yang tersangatlah marveles ini, yang saya dapati dari blog GeeHut.  Bila tengok jer kat blog GeeHut ni, memang tergoda hendak juga try buat kek buah ini coz nampak macam sedap jer.  Lagipun encik suami suka sangat kek buah dan bila suatu hari suami nak makan sangatkot, dia beli kat mana tak ingat, balik-balik hendak makan, bila potong jer hampa bila buah dalam kek tu boleh dikira, frust jugaklah encik suami saya.

Jadi google punye google, terjumpalah resipi kek buah versi bakar kat blog GeeHut ni.  Teruslah gi beli mixed fruits dan lain-lain bahan seangkatan dengannya.  So yesterday, buatlah sebiji untuk encik suami dan satu buat yang kukus demi memenuhi permintaan seorang office colleague untuk dibuat sebiji kek buah kukus untuknya.

So inilah kejadian kek buah versi bakar yang saya buat semalam.  Pada saya memang sedap dan amat memuaskan dan amat memenuhi citarasa saya dan suami tapi ade manis sikit.  Buatnya pun tak susah mana.  Kepada yang suka kek buah atau yang sedang mencari-cari resipi yang sedap, bolehlah try resipi ini coz ianya memang tersangatlah marveles.  Anda harus mencubanya.  Selamat mencuba ye.  Bila dah cuba, bagi tahu saya apa pendapat anda tentang kek buah  sedap ini......

Resipi dari blog Gee Hut

Bahan A

  • 250g butter
  • 380g susu pekat manis
  • 400g mixed fruit atau boleh guna raisins/sultanas + buah ceri dibelah 2
  • 1 cawan air

Bahan B

  • 2 biji telur
  • 380g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 cawan jus oren sunquick (jadikan 1/2 cawan sahaja, Bancuh ikut sedap rasa)

Cara

  1. Masak semua Bahan A di atas api sederhana sampai butter dan susu pekat larut dan sehingga mixed fruits atau raisins/sultanas agak kembang.  Ketepikan dan sejukkan.  Biarkan hingga 3-4 jam (saya biar sampai sejuk sahaja tapi kalau tunggu 3-4 jam lagi elok kot).
  2. Bila Bahan A sejuk, masukkan telur dan kacau rata.  Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat tadi sedikit demi sedikit.  Kacau rata dan bubuh sekali jus oren dan kacau hingga sebati dan rata.
  3. Kemudian tuankan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan butter atau lapik dengan baking paper. Bakar dalam oven suhu 180 deg celcius lebih kurang 1 jam atau ikut oven masing-masing sampai masak.
  4. Selamat mencuba.

3 comments: