19.8.15

TUNA SPAGHETTI WITH CREAMY WHITE CHEESE SAUCE YANG MARVELES


Hari ini Kak Raja nak share resipi yang sangatlah mudah untuk dimasak sekiranya you all kesuntukan masa dan teringin nak makan pasta sesangat.  Maka inilah resipi yang amat mudah bak kate orang cincai cincai jer dah jadi!  Kepada penggemar makanan bercheese akan of course menyukainya tapi yang tak suka cheese tu tengok ajer le ye.  Rugi le you all kalau bukan penggemar cheesy food ni coz lazat sesangat...jangan risau bukan boleh gemuk pun kalau you all makan sekali sekala...hahaha...

Bila Kak Raja buat Tuna Spaghetti ni pasti teringatkan arwah Auntie Kak Raja kerana arwahlah yang mengajar Kak Raja masak ni..She was the one who introduced this to me.  Thank you Wan Chu, semoga Wan Chu tenang di sana dan di dalam keredhaan Allah selalu,  Aamiin.  Arwah auntie Kak Raja ni memang pakar masak bermacam-macam makanan orang2 putih ni dan banyak yang Kak Raja belajar dengannya.  Dia tak kedekut dengan resipinya dan kemahirannya (kebetulan namanya pun YM Raja Mahiran).  Semoga segala jasa dan kebaikan arwah dibalas baik oleh Allah hendaknya.

Resipi ni originalnya dalam bahasa Mat Salleh tetapi Kak Raja translatekanlah ke Bahasa kita untuk yang prefer bahasa ibunda senang lagi hendak difaham ye.  Senang sangat hendak membuat tuna spaghetti ni.  Selain dari tuna, boleh juga dibuat menggunakan ikan salmon dan rasanya enak sekali dengan rasa keikanan yang cukup dengan lemak-lemak masin cheesenya.  Memang terbaek.  Jom jangan buang masa, jom intai bahan-bahan dan cara-cara sangatlah simple ni...Moh kite!

BAHAN-BAHANNYA

  • 250 gram Spaghetti ataupun penne atau sebarang pasta yang diingini
  • 3 sudubesar butter
  • 2 sudubesar "minced onions"
  • 2 sudubesar tepung gandum
  • 2 cawan susu fresh milk
  • 1 cawan thawed frozen peas 
  • 1 tin tuna (Tuna Flakes/Chunks in water) - boleh taruh lebih kalau suka, di hancur2 sikit atau biar chunky or flaky gitu, buang airnya
  • Sedikit parsley atau basil (kalau ada), oregano atau italian herbs pun boleh
  • 1/3 cup chopped green onion (bawang besar)
  • 1/2 cawan Parutan parmesan cheese    
  • Sedikit serbuk lada hitam

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Rebus dulu spaghetti tu hingga lembut seperti biasa (tender but firm) dan ditoskan dan taruh dalam mangkuk/bekas sesuai
  2. Sementara itu, dalam saucepan lain, panaskan butter atas api sederhana, masukkan bawang minced onions tadi dan masak hingga sedikit layu.
  3. Campurkan tepung dan kacau beberapa saat dan tuangkan susu tadi dan kacau dengan whisk hingga sebati supaya tidak berketul2 dan sauce kelihatan menjadi pekat.
  4. Masukkan peas, tuna, parsley, bawang besar (chopped green onions), cheese dan serbuk lada hitam tadi.
  5. Tuangkan sauce ini ke atas pasta tadi dan kacau supaya bercampur betul-betul.
  6. Boleh dinikmati segera.
  7. Ermmm sedapnya!  Selamat mencuba & enjoy



No comments:

Post a Comment