10.8.15

TEMPOYAK UDANG GALAH

Pada musim durian baru-baru ini, pasti terdapat banyak tempoyak kan.  So, apa kate kita try masak Tempoyak Udang Galah yang sangatlah umphhhh ini.  Kak Raja dah try dan ianya memang tersangatlah sedap, kalian bila lagi?  Jom kita mentempoyakkan udang-udang galah ni.  Mudah sangat membuatnya.  Moh kite! 

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg udang galah - bersihkan
  • 2 senduk tempoyak
  • 10 tangkai cili api
  • 5 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 batang serai - ketuk
  • 2 helai daun kunyit - simpul
  • Sedikit air, garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN

  1. Bersihkan udang galah
  2. Kisar cili api, cili merah, bawang dan kunyit hidup
  3. Campurkan kesemua bahan dalam kuali
  4. Tambah sedikit air dan renehkan 
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga agak pekat.
  6. Kalau tak suka pekat sangat, boleh ditambah air panas dan kurangkan tempoyak ke 1 1/2 senduk.
  7. Saya masukkan beberapa helai daun limau purut.
  8. Sekian dan selamat mencuba

No comments:

Post a comment