18.8.15

ROTI JALA YANG SANGATLAH LEMBUT & SEDAP



Roti Jala merupakan sejenis makanan kegemaran ramai orang di negara kita dan juga di negara-negara Asean.  Ianya adalah sejenis hidangan berbentuk jala dan dimakan bersama kuah.  Bekas atau acuan khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuala leper (non-stick).

Roti Jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan dihidangkan dengan kari atau gulai ayam atau daging.  Roti Jala dinamakan sedemikian kerana bentuknya semasa dibuat seperti jala menangkap ikan.

Terdapat dua jenis kuah iaitu kuah manis (lebih popular di negeri-negeri pantai timur Malaysia) dan kuah gulai terutama gulai ayam (popular di Pantai Barat Malaysia).  Selain daripada itu, Roti Jala juga enak dimakan dengan kuah durian.

Semenjak ada acuan roti jala plastik muncung tiga ini, Kak Raja rase senang sangat dah buat roti jala ini, dah tak malas-malas lagi dah.  Tak macam dahulu, memang bercinta bila tekak rase nak makan roti jala sampai ke tahap kena beli roti-roti jala ini bila keinginan tidak dapat ditahan lagi hehehe.  
Terima kaseh kepada office colleague Kak Raja kerana telah menghadiahkan acuan ini kepada Kak Raja mase birthday hari tu.  Tak kiralah murah tapi ingatan tu ada dan memang berguna dan berjasa sangat kepada Kak Raja yang telah membuat Kak Raja terlalulah rajin menjala roti ni.
Pagi tadi Kak Raja buat lagi roti jala yang cute-cute ini untuk dibawak ke office untuk dinikmati dengan kawan-kawan.  Lawannya kali ini ialah kari ayam yang sangatlah sesuai sekali. Memang jawapannya makan berkeping-keping jugaklah kami tadi.

So sesape yang rasa malas nak buat roti jala, jangan rasa malas lagi tau coz dah ade penyelematnya dah tak payah lagi guna acuan yang jenis lama itu yang memang rase messy, kadang-kadang kalau silap bancuhan, ianya tak boleh keluarlah...ish memang tension le dulu-dulu each time nak buat roti jala ini.

Kini tidak lagi, nak buat roti jala ini pun mudah sangat rupanya dan bahan-bahannya memang selalu ada kat dapur kita tu...pasti semua dapur ada tepung, telur, air, garam, pewarna kuning...campur sahaja kesemuanya dalam blender dan blend sampai sebati dan kemudian ditapis.  Kuantiti tepung mesti sama dengan air, sekiranya guna 2 cawan tepung, air pun hendaklah sama 2 cawan dan jangan lupa masukkan minyak dalam 3 sudubesar untuk mencantikkannya dan senang menggeluarkannya.

Jom Kak Raja nak kongsi di bawah ini resipi roti jala yang sangatlah lembut dan tahan hingga ke petang yang Kak Raja buat pagi tadi......In Syaa Allah....Resipi ini tak payah guna susu atau santan pun, memadai dengan gunakan air sahaja.  

BAHAN-BAHANNYA

  • 4 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air
  • 2 biji telur
  • 1 suduteh garam
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 tudung botol pewarna kuning

CARA-CARA MEMBUATNYA


  1. Satukan semua bahan2 di atas dan kacau rata dengan whisk atau hendak senang, masukkan ke dalam blender dan blend hingga sebati dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan dan lenser dengan sedikit minyak (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paipkan adunan yang telah diisi dalam acuan botol muncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi (seperti lebihkurang gambar di atas).
  3. Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati2 lipat, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung (atau boleh angkat, letakkan ke atas pingan, dan lipat dan gulung seperti gambar di atas) dan kemaskan dan susun ke dalam pingan lain. Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kegemaran atau sambal tumis.
 Roti Jala Juga Enak Dimakan Dengan Kuah Durian.


Juga enak dimakan dengan sambal tumis ikan bilis.

No comments:

Post a Comment