23.3.15

NASI GORENG SADIN SIMPLE & SEDAP

Bila terasa malas nak masak, Nasi Goreng Sardin Simple & Sedap inilah menjadi penyelamat buat saya kerana ianya sangat mudah untuk disediakan asalkan semua bahan-bahannya tersedia ada di dapur tapi biasanya ikan sardin tu memang ada stock dalam cabinet. Campak campak saja dah siap...bukan sahaja ianya mudah tapi amatlah sedap.  Saya rasa kalau you all semua try sekali, pasti nak buat lagi.

Nasi goreng ini sebenarnya ada kenangannya sendiri kerana ianya telah mula-mula diperkenalkan kepada saya oleh suami saya, dialah yang actually mula-mula masak nasi goreng ini dan sejak itu, memang menjadi fevret kami...kepada yang ingin mencuba, saya pasti anda tidak akan kecewa.  Jom kita intai resipinya yang amat mudah didapati.

Bahan-bahan

  • 3-4 sudu besar minyak masak
  • 1 labu bawang besar dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 3 sudu makan cili giling (ikut tahap kepedasan  masing2)
  • 1 tin kecil sardine cap Ayam 
  • 3 cawan nasi sejuk
  • 4 sudu besar kacang peas (jika suka)
  • Sedikit sayor sawi atau kobis 
  • Sedikit daun bawang/daun sop
  • Sedikit bawang goreng untuk ditabur
  • Garam & gula secukup rasa

Penyediaannya

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang2 merah dan putih, goreng sebenar sampai wangi dan masukkan cili giling dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan satu tin sardine tadi dengan sos2nya sekali dan tumis lagi hingga betul2 pecah minyak dan sedikit kering.
  3. Bolehlah dimasukkan nasi sejuk dan digaul rata sehingga sebati sementara dikacau selalu.
  4. Masukkan pulak sayor2 dan kacang peas dan kacau lagi.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Bolehlah dikeluarkan nasi goreng ini dari kuali dan hidangkan di dalam pingan dan hiaskan dengan daun2 bawang/sop yang telah dihiris halus dan juga bawang goreng.
  7. Hidang segera.

No comments:

Post a Comment