Showing posts with label APAM. Show all posts
Showing posts with label APAM. Show all posts

27.7.16

APAM KAMPONG



Kuih Apam atau dipanggil "Apom" merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia dan banyak dibuat dan ada dijual harian secara meluas di pasar-pasar harian atau pasar malam, dan tidak perlu ditempah lebih awal.

Apam secara umumnya merujuk kepada makanan yang gebu.  Adunan atau batter boleh dibuat dari tepung gandum ataupun tepung beras.  Cara memasak apam boleh dilakukan secara bakar atau kukus. Terdapat beberapa jenis kuih yang digelar apam, antaranya kuih apam, apam berkuah dan apam balik, yang terdapat dalam pelbagai bentuk, rupa dan rasa.

Hari ini saya nak share resipi Apam Kampung yang telah saya cuba semalam.  Apam ini mengguna tepung gandum dan tepung beras dan juga yis.  Bahannya yang simple dan mudah, boleh didapati di dapur kita memberikan saya semangat mencubanya lagipun suami saya amat menggemari apam, tak kiralah apa jenis apam sekali pun.  Semalam pun, sebaik saja Apam Kampung ini masak, saya bagi tahu suami tak boleh makan lagi sebab susah nak potong bila ianya masih panas, kena tunggu sekejap tapi dia kata "cer bak bagi saya rasa sikit".  Hahaha terpaksalah saya potong juga tapi oklah senang juga bila dipotong.

Happy saya bila encik suami kate sedap dan saya tahu ianya betul2 sedap bila dia minta lagi tapi saya careless sikit tertaruk garam lebih so kelapa parut jadi sedikit masin.  Apa2 pun Apam Kampung ini worth doing sebab ianya sedap sangat, gebu, lembut dan sangat mengenyangkan.  Percubaan pertama saya menjadi, Alhamdullillah.  So apa lagi, kepada peminat Apam boleh cuba satu lagi resipi Apam yang saya dapati dari satu posting di fb (kepada tuan punya resipi - saya ucapkan terima kaseh)....jom tengok resipinya di bawah ini. 


Bahan-bahannya

  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 packet yis mauripan
  • 1/2 cawan gula merah*
  • 1/2 cawan air*

Cara-cara membuatnya

  1. Larutkan bahan* pastu tapis
  2. Campurkan semua bahan
  3. Digaul sebati guna senduk jer
  4. Perapkan hingga adunan naik
  5. Sapu loyang dengan minyak
  6. Kukus 40 minit dengan api besar
  7. Dah sejuk, baru dipotong-potong
  8. Hidang dengan kelapa parut bergaram
  9. Selamat mencuba

6.1.16

APAM SIAM/APAM SODA/APAM MEREKAH



Alhamdullillah hari ini dapat saya berkongsi satu lagi resipi apam yang sangat sedap dan sungguh gebu, berbaloi membuatnya. Semenjak memiliki Steamer elektrik TRIO ni, semacam rajin jer buat kueh yang mengguna kaedah kukus kerana Steamer TRIO ini memang banyak memudahkan kerje-kerje mengukus.  Sekejap jer dah siap dan banyak pulak boleh dikukus dalam satu masa.  Lagi satu, senang kita nak pantau paras air dalam kukusan sebab see through.  So sesiapa yang belum memilikinya haruslah consider getting one okay. 

Sebenarnya sudah lama tercari-cari resipi Apam Merekah yang sangatlah comel ini tapi kebanyakkan tak berapa nak memuaskan.  Bila cuba resipi dari "Resepi Orang Kampung" ini (thank you & izinkan saya share pulak di blog saya ini), rasanya macam happy sangat coz apam menjadi dengan cantik dan gebu.  Walaupun tak berapa nak merekah (1st try) tapi yang penting apam ini so gebu and so spongy maybe terlebih sikit taruk ovalette, instead of one level tablespoon, saya rasa saya bubuh 1 heap tablespoon...Itu yang terlajak gebu tu hehehe!

Kepada yang ingin mencuba, bolehlah ikut resipi dibawah.  Apam ini manis sangat pada saya, so next time kena ingat kurangkan kepada 1 cawan sahaja dan make sure ovalette tu betul-betul 1 sudu makan kalau tidak apam akan menjadi terlampau gebu dan lembut.

Jom intai resipinya...Selamat mencuba & have fun okay! Dan yang penting jangan lupa baca Bismillah dahulu...In Syaa Allah kalau kita buat apa sahaja dengan ucapan Bismillah, Allah akan permudahkan....

Bahan-bahannya

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan gula (boleh dikurangkan kalau tak suka manis)
  • 1 sudu-teh esen vanilla
  • 1 cawan ice cream soda (saya guna brand F&N)
  • 1 sudu makan ovallete

Cara-cara membuatnya

  1. Pukul telur dengan gula sampai kembang, masukkan esen vanilla dan juga ovalette.  Putar lagi sampai putih
  2. Masukkan ice cream soda selang seli dengan tepung
  3. Putar lagi sehingga adunan nampak likat
  4. Bahagikan beberapa warna yang dikehendaki dan masukkan ke dalam plastik (piping bag) untuk senang dipicit dalam acuan (guna paper cup)
  5. Kalau acuan besar kukus 15 minit, acuan kecil 7-10 minit sahaja
  6. Kukus dengan api besar dan air yang mendidih (Pastikan air kukusan banyak)
  7. Selamat mencuba

28.12.15

AMBON aka APAM KELATE



Factor utama saya terpanggil nak try buat Apam ini ialah kerana ianya nampak sangat menarik, macam so sweet gitu, then pernah lama dulu makan apam ini, suka sangat coz tersangatlah sedap.  Lama juga tercari-cari resipinya then last2 semalam terjumpalah kat blog Liza @ Intai Dapur, so itu yang terus cuba buat semalam juga.  Alhamdullillah menjadi, cantik kejadiannya so gebu and so sedap.

Cantikkan apam ini?  Bukan saje cantik tapi sangat sedap.


Bahan yang diperlukan sedikit sahaja, cuma guna telur, gula dan tepung dan juga esen vanilla atau rose untuk hilangkan bau hanyir telur.  Saya guna esen rose dalam 2 penutup botol esen tu, tak berbau pun.  Apam ini agak manis, kepada yang tak berapa suka manis, boleh kurangkan gula ke 3/4 cawan. Cara membuatnya pulak agak senang tetapi kita kena pay extra attention sikit bila memukul telur dengan gula.  Sebaik2nya gunalah a stand cake mixer kerana telur dan gula haruslah dipukul sehingga betul-betul kembang dan putih untuk menghasilkan apam yang cantik gebu.  Saya guna KitchenAid saya ini yang sangatlah membantu untuk menghasilkan adunan telur dan gula seperti yang dimestikan - tak de KitchenAid pun tak pe, jadi juga tapi yang penting kena pastikan adunan telur dan gula itu betul2 naik kembang dan warna bertukar keputihan.


Kepada yang ingin mencuba, boleh ikut resipi di bawah ini.  Cukup mudah bahan-bahannya.  OK jom kita intai tengok apa yang diperlukan dan cara-cara membuatnya.  Selamat mencuba ye...Saya sudah pun cuba semalam, sangat happy dan sangat memuaskan...Cantik kejadiannya.  Selamat berjaya you all.

Bahan-bahannya

  • 1 cawan telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh vanilla/esen ros - untuk hilangkan bau telur

Cara-cara membuatnya

  1. Panaskan dulu kukusan
  2. Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang, sampai warna putih tau, lepas tu masukkan esen.
  3. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian warna merah dan 1 bahagian warna asal
  5. Masukkan ke dalam loyang secara selang seli warna
  6. Kukus hingga masak lebih kurang 20-25 minit
Sejukkan dan bolehlah dipotong


25.12.15

APAM BENGAWAN SOLO


Assalammualaikum & salam sejahtera

Thank you for visiting...di harap semuanya sihat dan happy selalu.

Apa rancangan hujung minggu ini?  Mesti ada yang masih bercuti panjang sejak hari khamis lalu lagi..bestnya...saya sudah bekerja hari ini, separuh hari.   Apa nak buat bekerja dengan syarikat swasta macam gini lah.


Semalam saya telah mencuba buat Apam Bengawan Solo yang saya pelajari dari blog "sariyusa blogspot Alam Sari Di Tanah Jauhara".  Alhamdullillah menjadi, cantik, gebu dan so sedap apam solo ini, amat mengenyangkan kerana di dalamnya ada inti kelapa  manis.  Saya teruja nak mencuba kerana ada inti di dalamnya, rasa macam tak pernah lagi makan apam ini.  According to tuanpunye resipi ini, kita boleh jer masukkan apa2 inti yang kita suka, inti kacang ke inti kari kentang ke...macam makan pau lah pulak...Anyway nak share resipi Apam Solo yang unik ini.  Senang saje membuatnya, yang penting mesti ada kesabaran membuatnya kerana banyak juga steps involved tapi kalau you all bijak, boleh buat intinya dulu, then boleh start prepare adunan apam ini.  

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara bagaimana hendak menghasilkan these beautiful and so sedap Apam Bengawan Solo or just simply Apam Solo.... Jom!

Resipi Apam Bengawan Solo

(Sukatan ini menghasilkan lebihkurang 40 biji apam)

Bahan Inti:

  • 130 gram gula merah
  • 30 gram gula pasir
  • 125 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • 300 gram kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil garam

Caranya

  1. Masakkan gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga mendidih
  2. Masukkan kelapa parut dan garam.  Kacau sebati
  3. Apabila hampir kering masukkan tepung gandum, kacau sebentar, angkat dan sejukkan

Bahan Apam

  • 500 gram tepung gandum*
  • 2 sudu teh instant yis (mauripan)*
  • 180 gram gula pasir*
  • 250 ml susu cair/fresh milk*
  • 600 ml air*
  • 1/8 sudu teh garam*
  • Pewarna kuning dan coklat emulco secukupnya

Caranya

  1. Campurkan semua bahan bertanda * dan gaul rata hingga sebati.  Bahagikan kepada tiga bahagian.
  2. Biar satu bahagian asal, bahagian kedua campurkan dengan pewarna kuning dan satu lagi coklat emulco
  3. Perap adunan selama 40 minit

Cara Menyediakan Apam

  1. Panaskan air dalam periuk kukusan.  Sapu acuan dengan minyak masak rata-rata
  2. Masukkan sedikit adunan apam putih
  3. Isikan inti kelapa
  4. Tutup dengan adunan apam putih
  5. Masukkan adunan apam berwarna kuning dan coklat emulco dan lorekkan
  6. Kukus apam dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak
  7. Keluarkan apam dari acuan bila sejuk

 Tembam-tembam macam ini, makan satu pun dah cukup mengenyangkan


8.10.15

APAM GULA HANGUS


Assalammualaikum & salam sejahtera.  Diharap semuanya sihat dan happy-happy hari ini dan hari-hari seterusnya.

Nampak gayanya hari ini kita ketemu lagi.  Tengah rajin hari-hari pun nak update blog share resipi tapi kalau tiba masa malas, satu sen pun tak guna!  Apa-apa pun hari ini Kak Raja rase nak share dengan you all semua resipi apam yang awesome ini, Apam Gula Hangus.  Actually dulu-dulu memang ada resipi ini dalam simpanan Kak Raja tetapi dah hilang entah kat mana, tiba-tiba rase teringin nak buat balik dan makan apam ini, tu yang dok jengok-jengok kat google, at last terjumpa yang ini dari  blog Resipi Bonda.  Google punya google lagi resipi, tengok-tengok ramai yang guna resipi ini.  Thank you ye Resipi Bonda, izinkan Kak Raja share pulak resipi apam gula hangus yang sangatlah sedap ini.  Macam tak sabar-sabar lagi, malam tadi terus cuba.  Barang-barang pun ada kat dapur tu, so buatlah, Alhamdullillah sama seperti yang pernah Kak Raja buat dulu-dulu.  Sedap apam ini, so lembut dan so gebu gebas gitu dan mudah juga nak buatnya.

Jom kita tengok resipinya di bawah ini.  Manalah tau kot ada yang ingin mencuba.  Jom 

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum

Cara Membuat:

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.  Kemudian disejukkan.
  2. Dalam blender, masukkan telur, susu, minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit.
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.  Kukus lebih kurang 15 minit.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
  8. Selamat mencuba.

7.10.15

APAM GULA MELAKA

Minggu lepas Kak Raja telah mencuba buat Apam Gula Melaka dari blog Azlita Aziz ni.  Seronok rase bila tengok Apam ni merekah dengan cantiknya.  Bukan aje cantik dipandang tetapi memang sedap lembut dan gebu.  Buatnya pun tak lah susah sangat tapi apam ni pada Kak Raja manis sikit so kepada yang tak suka manis atau yang nak jaga kesihatan tu, bolehlah dikurangkan sukatan gulanya.

Apam-apam ni Kak Raja kukus dalam paper cup yang besar dapatlah dalam 14 biji tu.  Memang senang membuatnya especially dengan adanya steamer Trio yang memang banyak menyenang dan memudahkan kerja-kerja mengukus apam ini, kejap jer dah siap.  So kepada yang ingin mencuba, boleh lah try resipi ni.  Oh terlupa pulak nak ucap terima kaseh kepada Ita kerana berkongsi resipi ni di blognya dan now Kak Raja pulak nak share dengan you all semua.  Selamat mencuba ye.

Bahan-bahan

(14 biji guna papercup saiz besar)

  • 125gm gula pasir
  • 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
  • 150ml air
  • 250gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/2 sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100ml minyak masak

Cara-cara 

  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula melaka hingga hancur.  Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula.  Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonate, yis dan telur.  Kacau sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak.  Bergantung kepada saiz acuan)
Tersenyum cantik!

15.5.15

APAM KAMPONG GULA MERAH YANG COMEL LAGI SEDAP

Bercerita pasal Apam ini, teringat zaman dulu2 suka sangat buat Apam Tepung Beras yang mengguna tapai nasi yang diperbuat dari nasi sejuk yang digaul dengan ragi dan diperap dalam bekas yang berbalut dengan kain dan disimpan di dalam tempat yang gelap selama lebihkurang 2 hari. Agak remeh sikit membuatnya tapi cantik dan sedap Apam2 Tepung Beras ni....tapi kali ini, Kak Raja nak share resipi Apam lain pulak iaitu Apam Kampong Gula Merah yang diambil dari blog Yati Memories (terima kaseh Yatie, izinkan Kak Raja share di sini ye) yang sangat sedap dan mudah di buat ini.  Kak Raja dah try buat semalam, memang sedap memang mudah hanya kena simpan lebihkurang 2 jam bancuhan apam ini dan Kak Raja guna acuan apam plastik kecil, tu yang lambat sikit nak siap kerana bancuhan ini menghasilkan banyak jugalah apam2 comel ini.  Kalau rasa nak try buat Apam Kampong yang sedap, boleh try yang ini...gerenti sedap..Jom kita lihat bahan2 dan cara2 membuatnya....Selamat mencuba ye you all....


Bahan A

  • 1/2 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn gula pasir*
  • 2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)

Bahan B

  • 11gm yis mauripan
  • 1/2 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gulahalus

Bahan C

  • 4 cwn tepung gandum
  • secubit garam

Cara-Cara

  1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
  2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam.
  5. Lenserkan loyang  10x10x3 inci dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40 minit
  6. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.