28.12.15

AMBON aka APAM KELATE



Factor utama saya terpanggil nak try buat Apam ini ialah kerana ianya nampak sangat menarik, macam so sweet gitu, then pernah lama dulu makan apam ini, suka sangat coz tersangatlah sedap.  Lama juga tercari-cari resipinya then last2 semalam terjumpalah kat blog Liza @ Intai Dapur, so itu yang terus cuba buat semalam juga.  Alhamdullillah menjadi, cantik kejadiannya so gebu and so sedap.

Cantikkan apam ini?  Bukan saje cantik tapi sangat sedap.


Bahan yang diperlukan sedikit sahaja, cuma guna telur, gula dan tepung dan juga esen vanilla atau rose untuk hilangkan bau hanyir telur.  Saya guna esen rose dalam 2 penutup botol esen tu, tak berbau pun.  Apam ini agak manis, kepada yang tak berapa suka manis, boleh kurangkan gula ke 3/4 cawan. Cara membuatnya pulak agak senang tetapi kita kena pay extra attention sikit bila memukul telur dengan gula.  Sebaik2nya gunalah a stand cake mixer kerana telur dan gula haruslah dipukul sehingga betul-betul kembang dan putih untuk menghasilkan apam yang cantik gebu.  Saya guna KitchenAid saya ini yang sangatlah membantu untuk menghasilkan adunan telur dan gula seperti yang dimestikan - tak de KitchenAid pun tak pe, jadi juga tapi yang penting kena pastikan adunan telur dan gula itu betul2 naik kembang dan warna bertukar keputihan.


Kepada yang ingin mencuba, boleh ikut resipi di bawah ini.  Cukup mudah bahan-bahannya.  OK jom kita intai tengok apa yang diperlukan dan cara-cara membuatnya.  Selamat mencuba ye...Saya sudah pun cuba semalam, sangat happy dan sangat memuaskan...Cantik kejadiannya.  Selamat berjaya you all.

Bahan-bahannya

  • 1 cawan telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh vanilla/esen ros - untuk hilangkan bau telur

Cara-cara membuatnya

  1. Panaskan dulu kukusan
  2. Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang, sampai warna putih tau, lepas tu masukkan esen.
  3. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian warna merah dan 1 bahagian warna asal
  5. Masukkan ke dalam loyang secara selang seli warna
  6. Kukus hingga masak lebih kurang 20-25 minit
Sejukkan dan bolehlah dipotong


No comments:

Post a Comment