21.12.15

PAPRIK SOTONG MARVELES


Paprik adalah sejenis masakan Thai yang disukai ramai, tak kiralah samada ianya paprik ayam ke, paprik daging ke, paprik udang atau seafood ke, pasti ramai yang gemarkannya.  Bukan saja paprik ini sedap dan lazat, tapi ianya amat mudah untuk disediakan.  Bagi saya yang penting, mesti ada daun limau purut dan sos ikan kerana bahan2 inilah yang mengharumkan lagi sesuatu masakan paprik itu.

Saya pasti ramai yang sudahpun tahu macam mana hendak menyediakannya,  Walaupun bahannya nampak banyak tetapi semua bahan ini mudah didapati di setiap dapur kita.  So hari ini, saya ingat nak share sikit resipi Paprik Sotong yang sangatlah sedap ini yang disediakan oleh anak gadis saya, Teh Zarina semasa dia balik bercuti baru ini.  Simple sangat nak memasaknya dan kalau kita kadang-kadang rasa binggung apa hendak dimasak untuk hidangan keluarga, buat jer paprik ini kerana masakan paprik ini pada saya sudah ada semuanya so you can saya its a perfect dish!  Masak paprik ini tak payah lagi nak prepare lain-lain lauk kecuali kalau nak lebih sedap boleh buat telur dadar kerana kedua-duanya memang suitable sekali dinikmati dengan nasi putih panas-panas!...perghhhh memang terlajak sedapnya!

Jom kita intai resipi Paprik Sotong yang marveles ini...Jom..mesti cuba tau!  Kalau saya masak paprik ini, saya lebih suka ianya pekat-pekat sikit.  Saya tak suka yang kuah banyak. Kuahnya mesti kelihatan kemerah-merahan sikit dengan kombinasi sos-sos yang terlibat...hehehe, barulah menyelerakkan....

RESIPI PAPRIK SOTONG MARVELES

Bahan-bahan

  • 600 gm sotong - bersihkan, cuci dan toskan
  • 1/2 batang carrot - belah dua dan hiris memanjang sederhana tebal
  • 2 urat kacang panjang - dipotong 1 inci 
  • 1 biji cili capsicum hijau atau merah - dihiris sedikit tebal memanjang 
  • 2 biji tomato - dihiris memanjang atau wedges
  • 3 ulas bawang putih - dihiris atau diketuk
  • 1 labu bawang besar - dhiris bulat atau dipotong baji 
  • 1/2 inci halia - diketuk atau hiris halus
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - dititik (boleh lebih jika suka pedas)
  • 3 helai daun limau purut - dicarik sikit
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos sotong atau sos ikan
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikir air
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara memasak

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, serai dan cili padi sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sampai garing.
  3. Masukkan sotong dan gaul rata
  4. Kemudian barulah masukkan semua sos dan daun limau purut.  Tambah air untuk kuah, kacau lagi
  5. Masukkan carrot, kacang panjang dan capsicum kecuali tomato masuk lambat sikit
  6. Rasakan kuah, sekiranya perlu perisakan dengan gula dan garam.
  7. Masukkan tomato dan tepung jagung (yang telah dibancuh dengan sedikit air) untuk pekatkan sikit dan kacau seketika
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.
  9. Sebagai menu tambahan, goreng telur dadar.  
  10. Sedap dan yummy sesangat.
  11. Selamat mencuba
YUMMYLICIOUS!


No comments:

Post a Comment