18.10.15

NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH MARVELES


Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah merupakan menu yang popular di pantai timur iaitu di Pahang, Terengganu dan Kelantan.  Oleh kerana keenakkannya, nasi kukus ayam goreng berempah ini menjadi popular dan mendapat tempat di bukan sahaja di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia tetapi kini boleh didapati di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.  Walaupun kita boleh menikmati nasi kukus di negeri-negeri lain dari Pantai Timur, tetapi kita akan dapat merasakan satu pengalaman yang cukup berbeza apabila kita menikmatinya di Pahang, Terengganu dan Kelantan.  Kebanyakan gerai di tepi jalan di sana menjual hidangan nasi kukus ini.

Apa yang istimewanya dengan nasi kukus? Untuk membuatnya, nasi ini dimasak secara mengukus atau steam dalam mangkuk aluminium dan dihidangkan apabila pesanan dibuat.  Ini bermakna nasi kukus yang akan dinikmati seseorang itu adalah segar dan harum.  Ayam goreng berempah pula merupakan hidangan sampingan selain sambal cili dan juga timun sebagai ulam dan semestinya dimakan dengan kuah kari yang menjadi set Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah ini sangatlah enak dan istimewa sekali.

Saya sekeluarga amatlah menggemarinya.  Selalunya kami akan ke Manjung untuk menikmati keenakkan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah ini di Restoran Pok Ya yang tersangatlah sedap dan amat memenuhi selera kami sekeluarga. 

Minggu lepas dengan berpandukan resipi dari blog Sajianbonda, saya telah cuba membuat sendiri Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah ini dan Alhamdullillah hasilnya sangatlah memuaskan dengan mendapat komen dari suami "best in the world".  Alahai seronoknya rasa bila suami puas dengan masakan kita kan!...anyway sekarang saya rasa nak berkongsi dengan anda semua resipi yang sangatlah awesome dan menjadi ini.  Cubalah kerana saya telah cuba dan sangat berpuas hati.  Jom kita tengok bahan dan cara membuatnya....Selamat mencuba ya......sharelah dengan saya pengalaman anda membuat Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah awesome ni ok......


Lihatlah betapa cantik & panjang nasi bila dikukus...saya guna beras basmathi


Cara buat Nasi Kukus

Bahan-bahan

4 cawan beras - rendam selama 1 jam (saya guna beras basmathi, rendam sekejap sahaja)
3 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara memasak

Cuci bersih beras dan rendam sekejap.  Kemudian toskan beras.
Didihkan air dalam pengukus.  Masukkan daun pandan simpul dalam air.
Masukkan beras ke dalam kukusan dan buat lubang supaya beras masak sekata.
Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering)
Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (tukar air selalu supaya beras cepat sejuk)
Beras akan mengembang dan memanjang lebih kurang satu kali ganda.  Kukus semula beras tadi lebih kurang 10-15 minit.
Keluarkan beras tadi dan gaul dengan air (3 cawan air).  Biar seketika dalam 10 min supaya air tadi menyerap masuk ke dalam beras.
Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (kukus lebih kurang 15 min)

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
1 inci halia - dikisar
5 batang serai - dikisar
1 sudu besar ketumbar (sangai/goreng tanpa minyak) - dikisar
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara memasak

Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan lain-lain bahan lalu diperap
Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing

Resepi Gulai Daging ala Utara

Bahan-bahan

1 kg daging bahagian tulang
4 biji ubi kentang - dibelah 2
2 sudu besar kerisek
1 sudu besar minyak sapi
1/2 senduk minyak masak
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Daun kari
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Rempah Tumis:

1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 batang cengkih
 6 biji buah pelaga
1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan pes Rempah:

1 bungkus rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan  manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara Memasak:

Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut.
Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periok. Tumis bahan kisar, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau
Bancuh bahan pes rempah dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk tadi.  Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak
Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali.  Kemudian masukkan ubi kentang, kerisek dan santan cair.  Masak sehingga mendidih dan ubi empuk
Masukkan santan pekat dan teruskan memasak sehingga kuah menjadi pekat.  Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.
 Sambal cili ini adalah menu sampingan yang WAJIP...tapi jaga-jaga ye, ianya tersangatlah pedas...kalau nak resipinya, ada di bawah (masa mula2 post entri ni dulu, lupa bagi resipi sambalnya), so it is.....

5 biji cili merah
7 biji cili api
1 biji tomato
3cm belacan
2 biji limau (ambil airnya)
Bakar belacan sehingga masak.  Tak mengapa jika ada kesan hangus terbakar sikit
Kisar cili merah, cili api, tomato dan belacan yang telah dibakar tadi
Hidangkan di dalam mangkuk dan perahkan limau






14 comments:

  1. Replies
    1. Saya dah add resipi sambal...senang jer actually sambalnya...sambal belacan biasa jer tapi add tomato...tq for visiting..happy trying..

      Delete
  2. Macam mana cara nk buat sambal cili tu?

    ReplyDelete
  3. Boleh tengok balik dalam blog, ade saya add kat bawah sekali...tq visit blog

    ReplyDelete
  4. Waduh sedapnya tp leceh juga buat nasi kukus ni emm nnt nak cubalah terima kasih atas resepinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang leceh sikit tapi hasilnya sangat memuaskan...rajinkan diri dan cuba buat...

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. terima kaseh Hayati Abdullah kerana telah mencuba

      Delete
  7. as slm sis syg...mcm mn nk buat nasi supaya xmelekat pd bekas nasi kukus...

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam...melekat ke Hafizah, biasenya boleh disapu sikit minyak (tapi macam tak le digalak sangat) pada bekas tu sikit jer tau atau lap kering2 bekas tu and make sure bersih betul2...cara saya, bila nasi tu dah masak masa panas2 lagi cepat2 masuk ke dalam bekas tekan padat2 dan terbalikkan kan ia dan dengan mudah akan terkeluar nasi tu...cer cuba..

    ReplyDelete
  9. Bekas aluminium tu biasanya blh bli kat mn

    ReplyDelete
  10. siapa yang boleh bantu ajar kan tolong tinggal no tel

    ReplyDelete