Dalam banyak-banyak kueh tradisional Melayu kita, rasanya kueh-kueh talam dan serimuka macam-macam inilah yang payah nak buat dan selalu mendatangkan kehampaan setiap kali mencuba sampai dah ke tahap menyampah nak buat sebab tak pernah nak jadi. Ada aje tak kena dengan kuah talam atau serimuka ni, bila masak air jatuh ke permukaan lah, terlembik atau terkeras lah. Lepas tu, bila dah masak rase tak sabar nak rasa nak potong tetapi tak boleh potong mase panas le pulak. Kena tunggu sampai betul2 sejuk, baru boleh potong untuk mendapatkan potongan yang betul-betul cantik. Tetapi saya ni selalu tak sabar belum betul-betul sejuk dah nak potong, nak rasa ok ke tak. Tu yang membuatkan serimuka ini jadi cacat...huhuhu...so kalau nak makan sebelah petang better buat masa pagi biar ia sempat nak sejuk betul-betul.
Tetapi bila tengok kat blog-blog yang menayangkan hasil-hasil serimuka yang sangatlah cantik, rase teruja sesangat nak buat juga. Mulalah google-google tips dan nengok cara-cara melalui youtube, lepas tu gi order pembaris talam kat Chef Asma Nordin dan juga beli le pulak steamer elektrik trio yang memanglah menyenangkan kerja-kerja menalam ni...oh bukan tu aje, sampai plastik lapik pun dibeli dengan Chef Asma....kalut betul orang tua ni kan....hehehe....
Akhirnya, tadaaaa inilah hasilnya Serimuka Pandan saya yang dibuat last weekend, Alhamdullillah menjadi dan sangatlah sedap. Bersyukur setelah banyak kali hampa, akhirnya mendapat resipi kuih serimuka pandan dari blog Chef Hanieliza ini yang sangat memuaskan hati saya dan pasti this recipe is for keeps. Thank you Hanieliza kerana telah share resipi serimuka pandan yang awesome ini dan izinkan saya share pulak di sini ye. Suka tengok lapis atas tu warna hijau yang so natural 100% pure air daun pandan. Sekiranya hendakkan kuih serimuka pandan yang betul2 rasa pandan, Say NO to colouring or pandan flavour hehehe...
So sasiapa yang nak try buat boleh ikut resipi di bawah ini ye sebab saya sudah pun mencuba dan amatlah berpuas hati dengan hasilnya....sedap sekali. Jom intai bahan-bahan dan cara membuatnya.
KUIH SERIMUKA PANDAN
Resepi : Chef Hanieliza
Bahan
Lapis Bawah:
2 cawan beras pulut
2 1/2 cawan santan cair
Sedikit garam & gulaCara
Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak
Sedikan loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci dan lapikkan dengan plastik yang terlebih dahulu disapu minyak
Masukkan semua bahan ke dalam loyang dan kukuslah sehingga masak
Setelah masak, tekan-tekankan pulut tadi supaya mampat dan cantik
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atasBahan
Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1 cawan air daun pandan (beberapa helai daun pandan yg digunting2 dan dikisar dengan secawan air)
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad (saya guna tepung jagung)
1 biji telur
1 sudu kecil garam (saya lebihkan sikit)Cara
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata (atau nak senang, blend semuanya). Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas lapisan pulut dalam loyang tadi (saya masak dulu adunan ini atas api dalam periok tebal sehingga berwap dan agak pekat sikit untuk mendapatkan permukaan yang sedikit licin dan cantik, tak mau pun tak pe)
Kukuskan lebih kurang 30 minit
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment