6.9.16

SERIMUKA DURIAN



Pada musim durian ini, sana sini orang dok tayang Serimuka Durian dan ramai juga yang berkongsi gambar di fb dan di blog masing-masing. Terliur jugalah tengok gambar-gambar yang ditayangkan. Macam geram jer tengok kejadian Serimuka Durian yang cantik-cantik dan terasa teruja jugaklah nak mencuba sekali lagi apabila first time buat dulu tak berapa nak menjadi.

Tapi kali ini, bila terjumpa resipi Serimuka Durian Tahrunissah Jali kat fb, memang so menggoda so inviting, lantas saya tak berfikir panjang lagi dan terus berkata, aku mesti buat ni.  So bermulalah episod yang sungguh menyeronokkan dalam menyediakan kuih ini bila ianya nyata sedap dan menjadi.  Alhamdullillah akhirnya dapat juga resipi yang boleh saya simpan untuk dibuat lagi di masa-masa akan datang, In Syaa Allah.  Terima kaseh Tahrunissah Jali tapi menurut beliau resipi ini adalah asalnya dari Chef Asma Nordin.  Thank you juga Chef.


Memandangkan musim durian ini tinggal penghujung, eloklah pegi beli sebiji dua.  Try buat Serimuka ini, tak berapa susah pun nak membuatnya.  Pasti anda juga akan merasa happy dengan hasilnya.  Jom kita intai resipinya yang saya ingin kongsi di bawah ini.   

Selamat mencuba ye.
 

RESIPI SERIMUKA DURIAN

Resepi Asal Chef Asma Nordin diolah sikit oleh Tahrunnisah Jali

Bahan-bahan Untuk Bahagian Bawah

  • 500 gm beras pulut - direndam 4 jam (saya rendam 1 jam jer, tak cukup masa)
  • 300 ml santan (saya guna santan kotak cap Ayam)
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam

Cara-cara

  1. Basuh bersih beras pulut dan tuang ratakan dalam loyang bentuk 4 segi 9x9
  2. Tuang santan yang sudah digaul dengan garam
  3. Kukus selama 30 minit
  4. **Setelah masak pulut, biarkan periuk kukusan tersebut dan air sentiasa ada untuk step yang seterusnya iaitu Serimuka Durian

Bahan-bahan untuk lapisan atas (A)

  • 140g tepung beras
  • 60g tepung ubi
  • 60g tepung gandum
  • 140g gula halus
  • 270ml santan pekat
  • 470ml air
  • 1/3 tsp garam
  • 1/4 tsp alkaline water (boleh guna air kapur)
  • 2 biji telur

Bahan (B)

  • 100g isi durian diblend dgn 100ml air (boleh lebihkan isi durian sikit)

Bahan (C)

  • 1 tsp pewarna kuning telur
  • 1/2 tsp kuning lemon
  • 1/8 tsp pewarna hijau (tak isi pun tak pe, suka hati)
  • **tepung gandum ayak untuk diayak atas pulut nanti sebagai gam supaya pulut dan serimuka durian melekat cantik

Cara-cara membuatnya

  1. Campur semua bahan (A) dan tapis
  2. Campurkan bahan2 (A) dengan bahan2 (B)
  3. Letak bahagian (C) iaitu pewarna kuning
  4. Kacau rata
  5. Masak dalam periuk dengan api perlahan hingga naik wap
  6. Hendaklah selalu dikacau.  Bila dah nampak wap terus tutup api dapur.  Adunan ini tak terlalu pekat dan tak terlalu cair (untuk mendapatkan permukaan yang licin)
  7. Sebelum tuang bahagian atas serimuka durian ini, tabur tepung gandum dalam bekas ayak dan tabur sedikit tapi rata sebagai gam
  8. Tuang bahagian atas serimuka durian atas bahagian pulut tersebut dengan perlahan-lahan
  9. Kukus serimuka ini selama 30-40 minit atau sehingga masak
  10. Tunggu sejuk betul baru potong untuk mendapatkan potongan kuih yang cantik
  11. Untuk mendapatkan permukaan serimuka yang licin, seeleoknya bungkus penutup periuk kukusan dengan menggunakan kain
  12. Sekian dan selamat mencuba 





No comments:

Post a Comment