Hari ini nak share sikit resipi kek pisang dari blog Enyabdullah yang sangatlah sedap dan gebu ini. Apa yang membuatnya sedap dan special ialah kek ini ada diletakkan walnut di dalamnya dan juga sebagai hiasan di atasnya bersama dengan hirisan pisang disusun cantik dan rapi sekali. Saya suka kek ini kerana ianya tidak berapa manis kerana kek ini mengguna gula perang menggantikan gula kastor. Ianya juga tidak mengguna esen pisang kerana saya memang tidak suka kalau kek kalau dibubuh bahan perasa, macam tak original, especially kalau esen pandan, memang tak suka tak suka! Oh terlupa pulak, kek pisang walnut ini tidak ada bicarbonate soda di dalamnya seperti lazimnya tetapi digantik dengan ovallete. Itulah sebab mengapa kek ini gebu dan lembut.
Becakap mengenai kek pisang, teringat pada zaman kanak-kanak saya di mana ada seorang auntie ini yang saya panggil Auntie Kim, seorang rakyat Australia dan a family friend. Setiap kali beliau berkunjung pasti akan di bawa sebiji kek pisang yang sangatlah sedap dan terbaek....sejak itu saya jadi peminat kek pisang tapi sampai sekarang saya rasa belum ada tandingan kek pisang auntie Kim. Thank you auntie Kim, may god bless you wherever you may be now....rasenye depe ni masih di Australia.
OK kepada yang ingin mencuba kek pisang yang awesome ini, bolehlah cuba ye. Saya sharekan resipinya di bawah ini.....Thank you Enyabdullah, izinkan saya share your resipie here pulak ye. Semoga dengan berkongsi resipi ini, mungkin kita telah menolong seseorang yang barangkali sedang mencari-cari resipi kek pisang yang sedap, gebu dan lembut In Syaa Allah.
Bahan-bahan
350gm pisang berangan atau pisang emas, pisang berangan lebih harum baunya - dilecek
400gm tepung naik sendiri, di ayak
250gm butter, dicairkan dan biar sejuk dulu
6 biji telur
300gm gula perang
1 cawan atau 250gm kacang walnut dicincang kasar atau boleh digantikan dengan badam keping
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar ovallete
Cara penyediaan
Masukkan ovalette, telur + esen vanilla dan gula dalam mixer dan putar sampai kembang
Masukkan tepung dan isi pisang, putar lagi sampai adunan mengembang dan jadi pekat (ribbon stage)
Masukkan walnut (simpan sikit walnut untuk tabur dibahagian atas kek)
Perlahankan mixer pada kelajuan paling perlahan, dan tuang butter cair perlahan lahan sambil diputar. Putar sekejap supaya butter rata
Kacau dan kaup dengan spatula agar bahagian bawah mangkuk selalunya minyak atau butter tu tak rata bergaul dengan adunan. Kacau rata hingga sebati.
Tuang dalam acuan beralaskan kertas baking yang digris.
Jika suka, susun kepingan pisang yang dipotong bulat bersama walnut di atas kek
Bakar pada suhu 170 deg celcius selama 40-45 minit atau sehingga kek masak ikut ketebalan adunan dan saiz acuan (Kalau api atas bawah, guna hanya 160 deg celcius sahaja)
Tips : Jangan bakar terlalu lama. Bila elok nampak dah keras kek dan cucuk tester tak melekat bolehlah terus keluarkan dari oven. Kek akan jadi keras kalau terlebih masak.
sedapnya nampak kuih ni.. macam kat kedai..
ReplyDeletejom jenguk sini ya.. hehe
Thank you matdin..memang sedap...cubalah
Delete