Setelah mendapat izin dari sahabat saya iaitu Puan Ida Poulsen, saya share di sini resipi satu lagi kek yang sangatlah simple dan mudah untuk disediakan. Ianya tersangatlah lazat and simply delicious, terasa pati oren sunquick yang masam-masam manis...ahhhh sungguh enak!
Terima kaseh Ida di atas perkongsian kek ini ye. Pernah suatu ketika dahulu buat kek ini tetapi hilang pulak resipinya. Terpaksa tanya tuanpunya resipi yang sangatlah generous memberinya lagi sekali.
Dan sekarang saya akan kongsikan pulak resipinya dengan yang berminat nak mencuba. Tak payah lagi nak parut2 orange ke atau nak perah2 orange ambik jusnya....terus jer masukkan pati orange sunquick tu....,mudah kerja...ok jom kita lihat resipinya di bawah ini. Mesti cuba tau kerana ianya sedap sangat. Kalau tak percaya, tu le kena try buat sendiri........Selamat mencuba!
Bahan-bahannya
- 500gm butter
- 300gm gula castor
- 6 biji telur
- 1 susu kecil esen vanilla
- 6 sudu besar orange sunquick
- 300gm tepung naik sendiri (self-raising flour)
- 2 sudu besar susu pekat manis condensed milk
Cara-cara membuatnya
- Pukul butter dengan gula hingga kembang
- Kemudian masukkan telur satu persatu dan esen vanilla tadi sambil dipukul dengan perlahan
- Masukkan 6 sudu besar orange sunquick serta susu pekat manis condensed milk dan kacau hingga sebati dan rata
- Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati dan rata
- Masukkan adunan ke dalam acuan yang bersesuain yang telah digris dengan mentega
- Bakar pada suhu 160 deg cel selama 40 minit atau sehingga masak
No comments:
Post a Comment