14.9.16

KEK ORANGE SUNQUICK YANG SANGATLAH ENAK


Setelah mendapat izin dari sahabat saya iaitu Puan Ida Poulsen, saya share di sini resipi satu lagi kek yang sangatlah simple dan mudah untuk disediakan.  Ianya tersangatlah lazat and simply delicious, terasa pati oren sunquick yang masam-masam manis...ahhhh sungguh enak!

Terima kaseh Ida di atas perkongsian kek ini ye.  Pernah suatu ketika dahulu buat kek ini tetapi hilang pulak resipinya.  Terpaksa tanya tuanpunya resipi yang sangatlah generous memberinya lagi sekali.


Dan sekarang saya akan kongsikan pulak resipinya dengan yang berminat nak mencuba.  Tak payah lagi nak parut2 orange ke atau nak perah2 orange ambik jusnya....terus jer masukkan pati orange sunquick tu....,mudah kerja...ok jom kita lihat resipinya di bawah ini.  Mesti cuba tau kerana ianya sedap sangat.  Kalau tak percaya, tu le kena try buat sendiri........Selamat mencuba!

Bahan-bahannya

  • 500gm butter
  • 300gm gula castor
  • 6 biji telur
  • 1 susu kecil esen vanilla
  • 6 sudu besar orange sunquick
  • 300gm tepung naik sendiri (self-raising flour)
  • 2 sudu besar susu pekat manis condensed milk

Cara-cara membuatnya

  1. Pukul butter dengan gula hingga kembang
  2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan esen vanilla tadi sambil dipukul dengan perlahan
  3. Masukkan 6 sudu besar orange sunquick serta susu pekat manis condensed milk dan kacau hingga sebati dan rata
  4. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati dan rata
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan yang bersesuain yang telah digris dengan mentega 
  6. Bakar pada suhu 160 deg cel selama 40 minit atau sehingga masak

13.9.16

KEK PISANG WALNUT GEBU


Assalammualaikum

Hari ini nak share sikit resipi kek pisang dari blog Enyabdullah yang sangatlah sedap dan gebu ini. Apa yang membuatnya sedap dan special ialah kek ini ada diletakkan walnut di dalamnya dan juga sebagai hiasan di atasnya bersama dengan hirisan pisang disusun cantik dan rapi sekali.  Saya suka kek ini kerana ianya tidak berapa manis kerana kek ini mengguna gula perang menggantikan gula kastor.  Ianya juga tidak mengguna esen pisang kerana saya memang tidak suka kalau kek kalau dibubuh bahan perasa, macam tak original, especially kalau esen pandan, memang tak suka tak suka! Oh terlupa pulak, kek pisang walnut ini tidak ada bicarbonate soda di dalamnya seperti lazimnya tetapi digantik dengan ovallete.  Itulah sebab mengapa kek ini gebu dan lembut.

Becakap mengenai kek pisang, teringat pada zaman kanak-kanak saya di mana ada seorang auntie ini yang saya panggil Auntie Kim, seorang rakyat Australia dan a family friend.  Setiap kali beliau berkunjung pasti akan di bawa sebiji kek pisang yang sangatlah sedap dan terbaek....sejak itu saya jadi peminat kek pisang tapi sampai sekarang saya rasa belum ada tandingan kek pisang auntie Kim. Thank you auntie Kim, may god bless you wherever you may be now....rasenye depe ni masih di Australia.


OK kepada yang ingin mencuba kek pisang yang awesome ini, bolehlah cuba ye.  Saya sharekan resipinya di bawah ini.....Thank you Enyabdullah, izinkan saya share your resipie here pulak ye. Semoga dengan berkongsi resipi ini, mungkin kita telah menolong seseorang yang barangkali sedang mencari-cari resipi kek pisang yang sedap, gebu dan lembut In Syaa Allah.


Bahan-bahan

350gm pisang berangan atau pisang emas, pisang berangan lebih harum baunya - dilecek
400gm tepung naik sendiri, di ayak
250gm butter, dicairkan dan biar sejuk dulu
6 biji telur
300gm gula perang
1 cawan atau 250gm kacang walnut dicincang kasar atau boleh digantikan dengan badam keping
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar ovallete

Cara penyediaan

Masukkan ovalette, telur + esen vanilla dan gula dalam mixer dan putar sampai kembang
Masukkan tepung dan isi pisang, putar lagi sampai adunan mengembang dan jadi pekat (ribbon stage)
Masukkan walnut (simpan sikit walnut untuk tabur dibahagian atas kek)
Perlahankan mixer pada kelajuan paling perlahan, dan tuang butter cair perlahan lahan sambil diputar. Putar sekejap supaya butter rata
Kacau dan kaup dengan spatula agar bahagian bawah mangkuk selalunya minyak atau butter tu tak rata bergaul dengan adunan.  Kacau rata hingga sebati.
Tuang dalam acuan beralaskan kertas baking yang digris.

Jika suka, susun kepingan pisang yang dipotong bulat bersama walnut di atas kek
Bakar pada suhu 170 deg celcius selama 40-45 minit atau sehingga kek masak ikut ketebalan adunan dan saiz acuan (Kalau api atas bawah, guna hanya 160 deg celcius sahaja)

Tips : Jangan bakar terlalu lama.  Bila elok nampak dah keras kek dan cucuk tester tak melekat bolehlah terus keluarkan dari oven.  Kek akan jadi keras kalau terlebih masak.

9.9.16

BISKUT SUJI SALJU SUCI DALAM DEBU



Assalammualaikum dan Salam sejahtera.

Terima kasih kepada yang sudi singgah ke blog saya.  Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kaseh kepada tiga orang pengunjung blog saya, terima kaseh kerana sudi jadi followers saya...terharu rase walaupun baru ada tiga orang tetapi Alhamdullillah semoga ramai lagi yang akan turut follow.

Entri pada kali ini saya rasa happy nak share satu lagi resipi biskut sempena Hari Raya Aidil Adha yang menjelang iaitu pada hari Isnin ini, In Syaa Allah.  Manalah tau kot kot ada yang nak buat biskut, bolehlah cuba resipi biskut Suji Salju yang sedap ini yang telahpun saya cuba buat semalam.  Rupanya seakan-akan biskut oat susu juga tapi oat susu berwara coklat bersalut susu tepung juga. Tapi yang Suji Salju ini berwarna putih - itulah yang saya gelar suci dalam debu tu......


Sedap sangat biskut ini, so lembut so fragile and so sedap dan rase macam cair dalam mulut. Sungguh enak dengan rase minyak sapi + butter serta cornflakes yang dikisar halus bercampur dengan tepung suji...tak tahu nak explain macam mana lagi.  Haruslah you all cuba sendiri kalau nak tahu tapi rata2 yang telah merasanya turut bersetuju dengan saya iaitu ianya so sedap.  Nak membuatnya pun mudah ajer.  Satu bancuhan ini boleh dapat 60 pieces but depends on your acuan lah ye.

So apa lagi, jom intai resipinya dan kemudian jom terus masuk dapur kita start buat.  Selamat mencuba ye..give me your feed back tau bila dah mencuba....

BISKUT SUJI SALJU 

Resipi: MakLang

Sumber: Yatiememories

Bahan A

  • 150gm minyak sapi
  • 100gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji kuning telur

Bahan B

  • 100gm cornflakes kisar halus
  • 100gm tepung jagung
  • 50gm tepung suji (semolina)
  • 250gm tepung gandum

Susu tepung (campur sikit gula aising) secukupnya untuk saduran

Cara-cara

  1. Putar bahan A hingga sebati.  Masukkan bahan B dan gaul hingga rata.  Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang boleh dicanai
  2. Canai doh tadi mengikut tebal yang dikehendaki (saya suka tebal, biskut nampak lebih cantik dan elegant) dan terap dengan acuan kegemaran
  3. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu suhu 160 deg cel selama 15-20 minit hingga masak
  4. Biarkan suam sedikit dan salut biskut tadi dengan campuran susu tepung dan gula aising.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara





8.9.16

BISKUT KACANG TANAH TRADISI



Pagi ini nak share sikit resipi Biskut Kacang Tanah Tradisi yang sangatlah sedap ini.  Saya telah mencubanya semalam dan hasilnya sungguh memuaskan, anak-anak dan suami amat gemarkannya...sedap kata mereka.  Dalam banyak2 resipi biskut kacang mazola yang pernah saya cuba sebelum ini, saya rasa resipi dari Citarasawan ini satu resipi yang sungguhlah "win" and this will be for keeps.

Biskut kacang tanah tradisi or traditional peanut cookies, yang tradisi ramuannya mengguna minyak sayuran seperti minyak sawit atau minyak jagung dan di sini kita guna minyak jagung Mazola, ianya tidak menggunakan majerin atau mentega, rasa kacang tanah yang mewah dengan campuran mentega kacang (peanut butter) dan kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan kisar halus....tersangatlah sedap sekali - ringan dan cair di mulut...MasyaAllah sedapnya.  Anda harus mencuba untuk merasai apa yang saya rasa.


Jom kita lihat resipi biskut evergreen ini seperti saya share di bawah...selamat mencuba ye, hantar feed-back tau kalau dah mencuba......

Bahan-bahan

  • 140gm tepung gandum - diayak
  • 125gm gula aising
  • 130gm peanut butter
  • 30gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 100gm serbuk kacang tanah/kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
  • 200ml minyak jagung Mazola
  • Kacang tanah (digoreng & belah dua) secukupnya sebagai hiasan

Cara-cara

  1. Pukul peanut butter dan gula aising hingga rata
  2. Masukkan tepung2, baking powder, garam, esen vanilla dan serbuk kacang tanah.  Gaul rata
  3. Tuang sedikit-sedikit minyak jagung dan uli hingga menjadi doh
  4. Ambil 1 sudu teh adunan, gentel bulat (atau terap mengikut pilihan acuan masing-masing).  Sapu dengan kuning telur dan letak kacang tanah di tengahnya 
  5. Bakar pada suhu 140 deg cel selama 30 minit hingga masak
  6. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalan bekas kedap udara.
  7. Selamat mencuba.

6.9.16

DURIAN CREPE 4 JENIS TEPUNG


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah di blog masakan saya yang tak seberapanya ini.  Diharap semuanya sihat dan happy selalu hendaknya.

Nampak gayanya musim durian sudah sampai ke penghujungnya.  Puas rasanya bila tiba musim durian. berbagai kuih yang dihasilkan termasuklah durian crepe dan juga serimuka durian yang hangat diperkatakan kerana keenakannya.  Tidak kurang juga ramai yang telah menjadikannya punca pendapatan sampingan,  Inilah dikatakan rezeki musim durian.

Entri saya kali ini semestinya ada kena mengena dengan durian, iaitu durian crepe yang hangat jugak diperkatakan setiap kali musim durian tiba.  Rasenya semua orang pun dah tahu keenakan durian crepe ini dan ramai juga yang pandai membuatnya.  Tapi tak salah rasanya saya ingin berkongsi di sini resipi durian crepe mengguna 4 jenis tepung yang telah saya cuba dan saya suka.   Crepe atau kulitnya sangatlah nipis dan cantik, senang nak handle, tak koyak dan mudah ditarik seperti gambar di bawah.


Kepada yang ingin mencuba, boleh try guna resipi dari blog Nina Mirza yang saya kongsi di bawah ini.  Ingin juga saya berpesan di sini mengenai krim yang harus diguna iaitu beli krim yang non-dairy ye bukan dairy cream kerana non-dairy lebih sesuai kerana ianya lebih kental dan tidak mudah cair. Selamat mencuba saya ucapkan.  Kalau dah try, bagilah feed back kat saya balik ye....okbai.... 

RESIPI DURIAN CREPE 4 JENIS TEPUNG

Sumber : Nina Mirza

Bahan-bahannya

  • 20gm tepung gandum
  • 20gm tepung ubi
  • 10gm tepung kastard
  • 10gm tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • 1 sudu besar gula halus
  • 40ml susu cair
  • 150ml air
  • Pewarna kuning/hijau
  • Sedikit vanilla essence

Cara-cara membuatnya

  1. Mix semua dalam blender kecuali pewarna dan tapis (buangkan buih-buihnya supaya nanti crepe tak berlubang)
  2. Campurkan warna yang digemari (samada kuning atau hijau)
  3. Sediakan kuali leper non-stick 
  4. Panaskan kuali dengan api kecil hingga kuali benar-benar panas
  5. Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali supaya adunan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis
  6. Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan di bawah kuning keemasan
  7. Tak perlu dibalikkan
  8. Terus angkat
  9. Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
  10. Biarkan crepe sejuk sebentar

Durian Filling

  • 1 cawan Non-dairy Whipping Cream (brand Rich)
  • Isi durian secukupnya
  1. Pukul whipping cream hingga kental dan kaku
  2. Pisahkan isi durian dari bijinya, lumatkan sedikit
  3. Bentangkan 1 keping crepe
  4. Paipkan whipping cream di tengahnya
  5. Letakkan isi durian
  6. Tutupkan semula dengan whipping cream
  7. Lipatlah crepe dengan menarik crepe dari kiri ke kanan, dan dari kanan ke kiri sehingga menutupi durian filling tadi, dan lipat bahagian atas dan bawah crepe kemas-kemas
  8. Kemudian simpan dalam peti ais sebentar lebih kurang 1- 2 jam atau semalaman
  9. Sedia dimakan
  10. Kena makan sejuk-sejuk baru sedap!

SERIMUKA DURIAN



Pada musim durian ini, sana sini orang dok tayang Serimuka Durian dan ramai juga yang berkongsi gambar di fb dan di blog masing-masing. Terliur jugalah tengok gambar-gambar yang ditayangkan. Macam geram jer tengok kejadian Serimuka Durian yang cantik-cantik dan terasa teruja jugaklah nak mencuba sekali lagi apabila first time buat dulu tak berapa nak menjadi.

Tapi kali ini, bila terjumpa resipi Serimuka Durian Tahrunissah Jali kat fb, memang so menggoda so inviting, lantas saya tak berfikir panjang lagi dan terus berkata, aku mesti buat ni.  So bermulalah episod yang sungguh menyeronokkan dalam menyediakan kuih ini bila ianya nyata sedap dan menjadi.  Alhamdullillah akhirnya dapat juga resipi yang boleh saya simpan untuk dibuat lagi di masa-masa akan datang, In Syaa Allah.  Terima kaseh Tahrunissah Jali tapi menurut beliau resipi ini adalah asalnya dari Chef Asma Nordin.  Thank you juga Chef.


Memandangkan musim durian ini tinggal penghujung, eloklah pegi beli sebiji dua.  Try buat Serimuka ini, tak berapa susah pun nak membuatnya.  Pasti anda juga akan merasa happy dengan hasilnya.  Jom kita intai resipinya yang saya ingin kongsi di bawah ini.   

Selamat mencuba ye.
 

RESIPI SERIMUKA DURIAN

Resepi Asal Chef Asma Nordin diolah sikit oleh Tahrunnisah Jali

Bahan-bahan Untuk Bahagian Bawah

  • 500 gm beras pulut - direndam 4 jam (saya rendam 1 jam jer, tak cukup masa)
  • 300 ml santan (saya guna santan kotak cap Ayam)
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam

Cara-cara

  1. Basuh bersih beras pulut dan tuang ratakan dalam loyang bentuk 4 segi 9x9
  2. Tuang santan yang sudah digaul dengan garam
  3. Kukus selama 30 minit
  4. **Setelah masak pulut, biarkan periuk kukusan tersebut dan air sentiasa ada untuk step yang seterusnya iaitu Serimuka Durian

Bahan-bahan untuk lapisan atas (A)

  • 140g tepung beras
  • 60g tepung ubi
  • 60g tepung gandum
  • 140g gula halus
  • 270ml santan pekat
  • 470ml air
  • 1/3 tsp garam
  • 1/4 tsp alkaline water (boleh guna air kapur)
  • 2 biji telur

Bahan (B)

  • 100g isi durian diblend dgn 100ml air (boleh lebihkan isi durian sikit)

Bahan (C)

  • 1 tsp pewarna kuning telur
  • 1/2 tsp kuning lemon
  • 1/8 tsp pewarna hijau (tak isi pun tak pe, suka hati)
  • **tepung gandum ayak untuk diayak atas pulut nanti sebagai gam supaya pulut dan serimuka durian melekat cantik

Cara-cara membuatnya

  1. Campur semua bahan (A) dan tapis
  2. Campurkan bahan2 (A) dengan bahan2 (B)
  3. Letak bahagian (C) iaitu pewarna kuning
  4. Kacau rata
  5. Masak dalam periuk dengan api perlahan hingga naik wap
  6. Hendaklah selalu dikacau.  Bila dah nampak wap terus tutup api dapur.  Adunan ini tak terlalu pekat dan tak terlalu cair (untuk mendapatkan permukaan yang licin)
  7. Sebelum tuang bahagian atas serimuka durian ini, tabur tepung gandum dalam bekas ayak dan tabur sedikit tapi rata sebagai gam
  8. Tuang bahagian atas serimuka durian atas bahagian pulut tersebut dengan perlahan-lahan
  9. Kukus serimuka ini selama 30-40 minit atau sehingga masak
  10. Tunggu sejuk betul baru potong untuk mendapatkan potongan kuih yang cantik
  11. Untuk mendapatkan permukaan serimuka yang licin, seeleoknya bungkus penutup periuk kukusan dengan menggunakan kain
  12. Sekian dan selamat mencuba 





5.9.16

BISKUT DAM CANTIK & SEDAP



Biskut yang mempunyai penampilan yang sangatlah unik ini bukan saja cantik dan sweet dipandang tetapi sangatlah sedap dan rangup.  Walaupun ianya mengambil masa yang lama untuk disediakan sehingga mendapat petak-petak yang unik dan cantik ini, ianya sangatlah memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja yang telah cuba membuatnya.  Hasilnya sungguhlah menggembirakan bukan sahaja kepada sipembuatnya tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Untuk mendapatkan hasil seperti yang dikehendaki, kita haruslah beringat supaya tidak terburu-buru ketika membuatnya.  In Syaa Allah, biskut ini akan menjadi seperti yang diharapkan.


Jom kita ke dapur untuk melihat bahan-bahan serta cara-cara membuat Biskut Dam yang cantik dan sedap ini.  Bolehlah share dengan saya pengalaman puan-puan ketika membuat biskut ini.  Selamt mencuba saya ucapkan.

Bahan-bahannya

Bahan Doh Vanilla

  • 500gm tepung gandum
  • 50gm tepung kastard
  • 50gm tepung susu/creamer
  • 380gm butter
  • 150gm gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla

Bahan Doh Coklat

  • 480gm Tepung gandum
  • 50gm tepung susu/creamer
  • 30gm serbuk koko
  • 380gm butter
  • 100gm gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuatnya

Doh Vanilla

  1. Pukul mentega dan gula hinga berkrim. jangan sampai kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul rata
  3. Masukkan tepung yang telah diayak dengan tepung kastard dan tepung susu dan uli hingga menjadi doh.
  4. Biarkan rehat selama 15 minit.

Doh Coklat

  1. Pukul mentega dan gula hinga berkrim. jangan sampai kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul rata
  3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan koko serta tepung susu dan uli hingga menjadi doh.
  4. Biarkan rehat selama 15 minit.
  5. Ambil doh vanilla, canai setebal 1 cm dengan lebar 5" dan panjang 6" (5" x 6" x 1cm).  Buat sebanyak 3 kepingan doh vanilla.  Bungkus dalam kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  6. Ambil doh coklat, canai setebal 1 cm dengan lebar 5" dan panjang 6" (5" x 6" x 1cm).  Buat sebanyak 3 kepingan doh coklat.  Bungkus dalam kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di dalam peti sejuk selama 1 jam
  7. Keluarkan kedua-dua doh vanilla dan doh coklat.  Susun berindih selang-seli kepingan coklat, vanilla, coklat (A) dan susun kepingan vanilla, coklat, vanilla (B). 
  8. Ukur doh coklat dan doh vanilla selebar 1 cm dan tandakan kepada 10 kepingan (stripes).  Kemudian potong sehingga mendapat 10 kepingan doh coklat dan 10 kepingan doh vanilla.
  9. Susun bertindih (3 keping) berselang warna menjadi sebatang-sebatang dan balut/bungkus dengan kertas minyak atau plastik dan simpan dalam peti sejuk sehingga menjadi keras sedikit.
  10. Keluarkan dari peti sejuk dan potong setiap batang setebal 1 cm.  Buat sehingga habis semuanya
  11. Susun dalam loyang yang telah digris dan bakar pada suhu 140 deg Celcius selama 25 minit.  Jangan bakar terlalu lama sehingga doh vanilla keperangan kerana tidak dapat hasil yang kontras antara warna vanilla dan coklat.
  12. Biskut ini agak besar, jika ingin bersaiz lebih kecil tukar ketebalannya menjadi 1/2 cm. Biskut ini mengambil masa yang agak lama, jangan terburu-buru membuatnya.
  13. Sangat sedap Biskut Dam ini.  Ianya juga sesuai disediakan untuk minuman petang
  14. Selamat mencuba