Thank you kerana masih sudi singgah kat blog saya yang simple ini. Kalau boleh tu, janganlah singgah jer, follow follow le ye....
OKlah entri kali ini, tak nak cakap banyak-banyak. Saya nak share resipi donut yang sangatlah sedap, gebu dan lembut dari Tahrunissah Jali, seorang chef yang sangat saya minati dan kagumi. Banyak dah saya cuba resipi-resipinya dan semuanya sedap belaka.
Donut ini pun sudah saya cuba dan memang tidak menghampakan, yang penting ikut resipinya baik-baik In Syaa Allah, kita akan dapat menghasilkan donut2 yang cantik dan sedap ini. So apa lagi, jom le kita intai resipinya yang saya share seperti di bawah ini...jangan intai ajer tau, cubalah buat untuk dinikmati dengan famili tersayang.
DONUT GEBU LEMBUT & SEDAP
Resipi Oleh : Tahrunissah Jali
Bahan-bahannya
- 250 gram tepung gandum
- 1 biji kentang (direbus dan dilenyek)
- 1 biji telur ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dalam bekas lain dulu)
- 2 sudu besar susu tepung
- 70-100 ml air ais/suam
- 1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 3/4 sudu kecil yis mauripan
Cara-caranya
(kalau guna mixer)
- Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul dulu dalam bekas lain tadi serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ini kena pastikan air tu taruh sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last sekali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Doh jangan lembik sangat sebab nanti masa menggoreng minyak serap dalam donut. Pastikan doh betul-betul lembut dan elastik ye. Uli selama 20 minit.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda dengan meletakkannya kat tempat gelap dan panas seperti dalam oven lebihkurang 30 minit atau naik dua kali ganda.
- Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi menggeluarkan angin, bentuk doh tersebut dengan acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tepung gandum, dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
- Goreng di dalam minyak panas. Masa menggoreng itu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus. Angkat dan hias dengan gula atau coklat.
- Selamat mencuba.
Cara-caranya
(Yang uli dengan tangan)
- Masukkan bahan-bahan kering dahulu.
- Kacau bagi sebati. Masukkan telur yang dipukul terlebih dahulu dalam bekas lain yang dicampur dengan garam.
- Kacau guna tangan biar sebati. Kemudian taruk air sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat dan lembut ditangan.
- Kemudian baru masukkan marjerin atau shortening dan uli sehingga sebati dalam 30 minit atau 20 minit kalu letih dan 10 minit terakhir itu, taruk dalam plastik ramas2kan dalam plastik (ini pun tips nak gebukan donut kalau malas nak guna mixer). Masa nak perap dalam plastik, masukkan doh ini ke dalam plastik yang agak besar dan tutupkan biar ada ruang2 sebab nanti doh akan mengembang. \ Simpanlah di mana2 tempat yang dirasakan ada hawa2 panas seperti dalam oven.
- Bila dah naik dua kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh dan bolehlah dibentuk.
- Bulat2kan doh dalam anggaran 25 gram atau 30 gram dan susun atas dulang yang telah ditabur tepung.
- Lepas 5 minit boleh dileperkan doh2 bulat tadi dan buatkan lubang ditengah2. Biarkan dalam 20-30 minit sehingga doh naik. Tutup dengan kain atau plastik.
*Tips
(untuk frozenkan)
- Boleh bakar sekejap donut2 tu dalam 6 minit suhu 170 deg celcius tujuan nak matikan yis
- Bila sudah sejuk masukkan dalam plastik, seal dan freezekan
- Bila nak makan, keluarkan biarkan dalam suhu bilek dalam 10-15 minit baru goreng dalam minyak panas tapi kawal api.
(kalau nak simpan)
- Jika doh donut hendak dibentukkan pagi esoknya, bolehlah disimpan lebihan baki doh dalam freezer. Pastikan tutup rapat dalam tupperware atau plastik, esoknya keluarkan dari freezer biarkan doh tu jadi lembut dan boleh diuli atau pun keluarkan dari freezer taruh atas periuk/bekas yang dalamnya ada air panas supaya boleh lembutkan doh itu dan uli kejap dan bentukkan atau pun boleh juga masukkan sekejap dalam oven suhu dalam 30 atau 40 degrees celcius hingga agak2 lembut boleh dikeluarkan dan dibentukkan.
No comments:
Post a Comment