23.6.16

CUCUR JAGUNG SEDAP


Assalammualaikum!

Hari ini dah masuk hari ke 19 kita berpuasa ye.  Apa kata petang ini, kita buat Cucur Jagung yang sangatlah awesome ini.  Credit to Azian Hasan yang sudi kongsi resipi ini dengan kita semua.  Terima kaseh ye.  Saya ada buat penambahan bahan sikit iaitu udang hidup dengan cili merah sebab saya suka colour2 sikit.

Saya ini memang hantu cucur, apa ajer cucur semua menjadi kegemaran saya tapi saya lebih suka cucur2 yang pedas or savoury....kureng minat jemput2 pisang sebab ia manis.  Saya akan menjadi leka kalau makan cucur, satu satu ngap dalam mulut apatah lagi kalau ada pencicahnya.  Cicah ini biasanye kita buat sendiri lagi sedap, terasa cukanya.  Resipi Sambal cuka ada juga di bawah.

So ok, jom kita masak Cucur Jagung yang sangatlah sedap petang ini.  Apa-apa pun saya kongsikan resipinya sepertdi bawah.  


RESIPI CUCUR JAGUNG SEDAP

Bahan-bahannya:

  • 200 gram tepung gandum
  • 3 biji bawang merah dimayang halus
  • 2 biji jagung (diambil bijinya)
  • Secekak daun kucai dipotong pendek
  • 2 biji cili merah, dihiris halus (saya tambah)
  • Beberapa ekor udang hidup, dibuang kulit (saya tambah)
  • Garam 
  • 1 biji telur (tak bubuh)
  • Sedikit air panas
  • 200 ml air (lebih kurang)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya

  1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan campurkan dengan bawang merah, daun kucai, jagung, udang hidup, cili merah dan garam.  Gaul sebati dan masukkan air.
  2. Kacau adunan sehingga rata.
  3. Masukkan sedikit air panas dan kacau adunan (boleh juga mengguna minyak panas)
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cucur sehingga garing.
  5. Sambal Cuka
  6. Tumbuk 3 ulas bawang putih bersama 4 biji cili merah dan garam sehingga lumat
  7. Masukkan 2 ataupun 3 sudu besar cuka bersama gula
  8. Tekan-tekankan anak batu supaya kesemua bahan sebati.
  9. Masak sekejap atas dapur.
  10. Perasakan dan bolehlah dihidang dengan cucur jagung di atas.


No comments:

Post a Comment