23.6.16

AYAM MASAK BALI


Hari ini saya nak share resipi Ayam Masak Bali yang sangat mudah untuk dibuat.  Bahan-bahan yang digunakan juga sedikit dan bahan yang memang ada di dapur kita, senang sangat membuatnya. Rasanya pun amatlah menyelerakan terutama kepada penggemar masakan mamak kerana masakan ini ala-ala masakan nasi kandar, macam masakan kari kering.  Orang kate guna sadin pun sedap tetapi ikan sadin itu hendaklah digoreng dahulu.  Boleh try ini kalau tak berapa gemar ayam, atau dengan daging pun boleh kot.  Boleh ajer cuba, tak de masalah kan....

Saya telah mencubanya untuk sahur pagi tadi.  Senang dan sekejap sahaja udah siap, sedap sangat bila dimakan dengan nasi yang baru masak, harum semerbak.   Sebenarnya masakan Ayam Masak Bali ini sudah lama menjadi viral di fb sejak awal tahun lagi.  Cuma saya tidak kesempatan untuk mencubanya.  Tetapi apabila tengok ramai yang memuji kesedapan masakan ini, timbul rasa keinginan hendak mencuba juga.  Kepada mereka yang sibuk dan ingin satu masakan yang senang dan cepat untuk disediakan, saya syorkan anda try masakan ini.  Gerenti tak menyesal.  


Jom kita tengok resipinya di bawah ini. 

RESIPI AYAM MASAK BALI

Bahan-bahannya

  • 1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
  • 1 camca teh penuh kunyit serbuk*
  • 3/4 camca teh garam* (*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
  • 6 batang serai, diketuk
  • 4 pelepah daun kari
  • 1 camca besar kicap lemak manis
  • 1/3 cawan cili kisar
  • 1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air

Bahan-bahan kisar halus

  • 4 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan

Cara Membuatnya

  1. Goreng ayam tadi hingga masak, tapi jangan sampai garing, kemudian angkat dan toskan
  2. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minyak saja. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap.  Tambah bahan-bahan kisar halus dan cili kisar.  Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.  Tambah ayam, gaul rata dan tuang air.
  4. Masak hingga pekat dan sedikit kering,  Kacau sekali sekala.
  5. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap
  6. Rasa dan jika ok boleh matikan api
  7. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain
  8. Selamat mencuba
 

Yummy Yummy...so sedap!

No comments:

Post a Comment