20.9.17

KEK PELANGI ORANG LAMA



Mood membaking kek-kek pula dah melanda hanizahomerecipes hahaha.   Tak pe tak pe asalkan kita pueh hati dan happy.

Hari itu ada kawan nak tempah marble cake.  Oleh kerana dah macam boring balik balik kek marble biase buat yang campur cocoa tu, saya ingat nak cari resipi kek pelangi mak-mak kita buat dulu.   So carilah kat google, cari-cari dapatlah yang dari Hasnidar Marli ini.  Bila tengok macam best jer bahan-bahan yang diguna macam boleh agak resipi ini bagus.  So saya pun buatlah satu untuk kawan tadi.   Memang cantik dan sedap kejadiannya.  So resipi ini saya nak simpan for future kalau teringin nak kek pelangi orang dulu-dulu, resipi ini lah akan jadi rujukan.

Kerana ianya sedap dan berbaloi membuatnya, saya nak share resipinya kat sini kalau ada yang nak try.  Thank you Hasnidar atas perkongsian resipi yang  menarik ini.

RESIPI KEK PELANGI ORANG LAMA
Resipi asal : Hasnidar Marli

Bahan-bahannya
2 cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin/butter
3 cwn tepung gandum+2 suduteh baking powder (campur sebati & ayak) saya guna self-raising flour
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan susu cair
Pewarna ikut suka (saya guna warna pink & hijau)


Cara-cara membuatnya
Putar gula bersama majerin/butter hingga kembang
Masukkan telur sebiji-sebiji dan putar hingga sebati
Sementera itu, lenserkan acuan 9 inci dengan sedikit majerin.  Pastikan rata ke seluruh bahagian acuan.
Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai habis.  Gaul sebati
Masukkan esen vanila dan susu cair dan gaul sebati lagi (biasanya saya taruk esen vanila bila saya masukkan telur supaya tak hanyir).
Bila adunan siap. bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian warna asal dan 2 bahagian lagi ditambah pewarna (saya guna warna pink dan hijau).


Setelah dibahagi dan diwarnakan, barulah boleh membelang-belangkan adunan mengikut warna, bermula dengan warna asal kemudian pink dan hijau.  Ambil sebanyak 3 sudu makan setiap adunan untuk setiap lapisan.  Ulangi langkah tersebut hingga habis adunan.
Setelah selesai, barulah boleh bakar kek.  Suhu mengikut oven masing2.  Bakar sehingga masak.
Sekian dan selamat mencuba.




Ini gmbar dari kawan yang menempah, sedap dan gebu katenya.   Saya tak sempat nak potong.  Nanti bila saya buat untuk makan sendiri, bolehlah saya share kat sini.

TASTY YUMMY BANANA CAKE



Bila mood rajin tiba, rase semua pun nak try buat, itulah saya dari hanizahomerecipes kitchen?

Hari tu terbaca dalam fb viral cake pisang lapis ice cream dari Tasty.com.au.  Memang nampak macam yummy.  Bahan yang diguna pula ada kat dapur tu yang cuba buat tu tapi tak buat sampai taruk ice cream...saje nak tengok macam mana sedapnya rase resipi orang australia ini.

So malam kelmarin tried le buat.  Memang sedap dan yummylicious tapi manis sikit.  Saya buat dua adunan sebab adunan asal ini macam kecik sangat.  Lain kali kalau nak buat kena kurangkan gula ke 3/4 cawan saja (bila diganda resipi asal).  So ini nak share recipenya.  Kepada yang nak mencuba, bolehle try ye...dont worry senang sangat nak buatnya dan In Syaa Allah akan menjadi.

Apa lagi, jom tengok recipenya di bawah ini (sorry dalam bahawa Inggeris, malas nak translate)...tapi sure you all faham ye tak....

INGREDIENTS
3 bananas
1/4 cup butter, melted
1 egg
1/2 cup sugar
1 teaspoon vanilla
1 1/2 cups flour (Saya guna self raising flour)
1 teaspoon baking soda
Pinch of salt

PREPARATION
Preheat the oven to 180 deg cel
In a bowl, mash the bananas with a fork
Add in the melted butter, egg, sugar and vanilla and mix until combined
Add in the flour, baking soda, and salt and mix again until just combine
Pour the batter into a loaf pan and bake for 50 minutes or until cooked through.
Happy baking and happy trying
Enjoy


Looks good ya!

14.9.17

CUCUR JAGUNG BERUDANG SEDAP


Satu resipi cucur jagung berudang yang sedap yang saya dapati dari blog Azie Kitchen yang telah saya cuba pagi tadi untuk sarapan.  Ternyata sedap sekali, lembut dan terasa penuh udang dan jagung serta keenakkan ditambah dengan daun kucai dan lain-lain bahan di dalamnya.

Sedap dinikmati dengan secawan teh-O panas dan cucur ini dicicah dengan sos cili buatan sendiri atau mayonnaise.  Jom kita intai bahan-bahan dan cara membuatnya...senang ajer...Selamat mencuba!

RESIPI CUCUR JAGUNG BERUDANG SEDAP
Oleh Azie Kitchen

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking soda (tak letak sebab tak sure baking soda atau baking powder)
1 cawan udang kecil putih
3/4 cawan bawang besar putih cincang
1 biji cili merah dicincang
1 cawan daun kucai cincang
3/4 cawan isi jagung, fresh atau frozen
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kunyit serbuk
Perisa jika suka (saya letak ikan bilis maggi cube)
(Campurkan semua bahan di atas dalam sebuah mangkuk dan gaul rata)
Campurkan 1/2 cawan air panas dengan 1 1/2 cawan air biasa
Extra 1/2 cawan tepung gandum

Caranya
Tuangkan air sedikit-sedikit ke dalam campuran tepung tadi dan gaul rata.
Tambahkan setengah cawan tepung extra tadi sikit-sikit dan gaul hingga betul-betul sebati.
Texturenya harus likat.
Panaskan minyak dalam kuali
Sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan.
Hidang panas-panas dengan sos atau mayonnaise.

Selamat mencuba dan enjoy!




7.9.17

NO-BAKE OREO CHEESECAKE



Assalammualaikum dan salam Jumaat semua...semoga diberkati Allah sentiasa.

Lama rasanya tidak update blog.  Asyik sibuk memanjang.

Anyway hari ini nak share resipi No Bake Oreo Cheesecake dari Jane Patisserie yang yummy sangat...well anything that has got to do with cheese memang yummy betul tak?  Dah cuba buat cheesecake ini semalam.  Tak sempat lagi nak betul2 enjoy the yumminessnya sebab pagi2 nak pergi kerja tak sempat nak makan lagi pun pagi2 sangat tak boleh masuk benda2 yang manis...rase sikit jer tadi..memang sedap...satu jer salahnya ialah cheesecake ni macam sloppy sikit tak "hold" sangat tak macam satu lagi no bake cheesecake yang saya pernah buat sebab ada agar2 yang membantu ianya untuk set/keras sikit.  Yang ini, guna double cream or non dairy whipped cream so not that strong but ok juga, sedapnya memang sedap!

So sape2 penggemar cheesecake kat sini boleh le try resipi yang saya share di bawah ini cuma nak minta maaf sebab ianya ditulis dalam bahasa inggeris...tapi no problem kot, sure boleh faham kan....ok selamat mencuba dan enjoy!

NO-BAKE OREO CHEESECAKE
Recipe source : Jane Patisserie

Ingredients
Cheesecake Base
2 x 154g pack oreos (I bought the ones ready crushed)
125g butter, melted

Cheesecake filling
2 x 280g packets philadelphia full-fat cream cheese
175g icing sugar
1tsp vanilla bean extract
300ml double cream (I use non-dairy whipped cream)
8-10 oreos finely crushed

Decoration
Spare Cheesecake filling/whipped cream
Oreos - whole/crushed


Method
To make the cheesecake base
Blitz the oreos in a food processor until they are a fine crumb.  I don't remove the creme filling as I like it to bind the biscuits together.
Mix the biscuits in with the melted butter and press down into the bottom of an 8"/20cm deep springform tin and refrigerate whilst you make the filling.

To make the cheesecake filling
Using an electric stand mixer cream together the cream cheese, icing sugar and vanilla until smooth.  Add the double cream and whisk the two mixes together.  I use my kitchenAid as it whisks to the perfect texture.  It shouldn't take too long to whisk, but I set mine to a medium/high setting and whisk it till it holds itself (like meringue does)
Be careful not to over whisk though - there is always a limit to a mix, it might curdle - so keep an eye on it, you will know when its ready (took my mix 2 mins).
When whisked, fold through the finely crushed oreos and spread on top of the biscuit base.
If you have any spare mixture pipe it on top to create a pattern, or use whipped cream.  Set the cheesecake in the fridge overnight and then enjoy it the next day.
NOTE:
If it looks like your cheesecake isnt setting, or its a bit sloppy, or you are even not sure, try it anyway.  Try to set the mix anyway.  If it still doesnt set, freeze it and have an Ice Cream Cheesecake hahaha!  This is nice too....