14.8.16

DURIAN CREPE 7 JENIS TEPUNG


Alhamdullillah, hooray!! musim durian tiba lagi dan merata-rata sekarang kita boleh melihat banyaknya gerai menjual buah "King of the Fruits" ini di tepi-tepi jalan, dengan berbagai harga, ada yang RM10 sekilo, RM12 sekilo terpulanglah kepada jenis-jenisnya.  Of course lah, kalau yang Musang King tu mencapai berpuluh ringgit sekilo.  Bila tiba musim durian ini, benda yang paling hot dan viral yang diperkatakan pasal buah durian ini sudah tentulah Durian Crepe.  Tak susah dah nak cari Durian Crepe ini kerana dah merata orang menjualnya, dan ada yang sanggup belajar membuatnya tidak terkecualilah saya yang telah mencubanya.  Actually bukan first time saya mencubanya, dah try a few years back tapi masa tu buat guna sejenis tepung jer, tak le berapa memuaskan. Tapi musim ini saya beranikan diri cuba mengguna 4 dan 7 jenis tepung. Kedua-duanya pun bagus dan amat memuaskan.  Nantik saya share satu-satu ye, dan saya mulakan dengan yang 7 jenis tepung ini.

Dua hari sudah cuba buat Durian Crepe guna 4 jenis tepung, sedap lembut sangat, siap boleh ditarik-tarik lagi crepenya.  Happy rase bila berjaya melenggangnya dalam non stick pan dengan mudah, cantik dan yang penting sangat nipis kejadiannya, dan tidak koyak.  Bak kata orang puteh, "easy to handle".  Masak pun sebelah ajer kerana ianya dah nipis dan mudah masak sekata.

Pastikan adunan di adun sebati dan cermat tanpa buih-buih halus untuk mengelak crepe anda mempunyai lubang pori-pori selepas dimasak untuk mendapatkan crepe yang cantik dan gebu. Teknik melenggangnya adalah lebihkurang sama macam melayang kuali masa masak lempeng atau pancake. Cuma pan diangkat dan tak perlu pakai sudu atau sudip untuk meratakan adunan.  Crepe yang dah masak elok boleh ditindih antara satu sama lain atas pingan.  InSyaa Allah tidak melekat.

Semalam try pulak yang guna 7 jenis tepung.  Subhanallah cantik dan sangat sangat sedap hingga my daughter yang tak berapa gemar durian crepe ni kate makan on its own pun rase sedap.  So today nak share resipi yang guna 7 jenis tepung ini dengan rakan-rakan yang sudi singgah kat blog saya.

Try le buat tengah musim durian ini, nanti idak le terkenang2kan keenakan durian crepe yang memang sangat delicious, mengalahkan ice-cream lagi.  Just remember Durian Crepe harus disimpan dalam fridge ye, enjoy it as you enjoy your ice-cream.

OK jom tengok recipi yang saya pelajari dari blog fevret saya Sheila Spices Journey yang telah sudi berkongsi resipinya dengan kita semua.  Terima kasih saya ucapkan kepada Sheila, izinkan saya share pulak your fantastic recipe ni which is gonna be for keeps for me....Selamat mencuba ye rakan-rakan yang saya sayangi.  Thank you.


RESIPI DURIAN CREPE 7 JENIS TEPUNG

Sumber : Sheila Spices Journey

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar tepung hong kong
  • 3 sudu besar tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar tepung ubi kayu
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung super fine
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 biji telur - buang tali pusat
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 3 sudu besar mentega yang dicairkan
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh vanilla esen
  • Sedikit pewarna hijau dan kuning (kalau suka buat dua colour)

Untuk Inti

  • Non-dairy whipping cream (Brand Rich)
  • Isi durian mengikut keperluan

Cara-cara membuatnya

  1. Satukan semua bahan dan kacau sebati dengan menggunakan whisk atau blend pun boleh (kalau blend hendaklah ditapis dulu).
  2. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.  Keluarkan dan kacau rata.
  3. Panaskan sebentar kuali non-stick menggunakan api paling perlahan
  4. Masukkan adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali supaya adunan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak
  5. Tidak perlu terbalikkan crepe waktu mengangkat dari kuali
  6. Ulangi sehingga adunan habis dan biarkan crepe sejuk sebentar
  7. Setelah selesai buat crepe, bolehlah kita sediakan initinya pula
  8. Putar whipping cream sehinga kental dengan kelajuan pemutar tinggi (sekiranya whipping cream ini sudah cukup manis, tak payah tambah gula tapi kalau nak tambah gula pun boleh, terpulang kepada kehendak masing-masing)
  9. Kuantitinya pulak, terpulang banyak mana hendak diguna tapi perlu ingat whipping cream ini akan naik berganda apabila diputar, so agak-agaklah ok (satu cawan pun memadai kot)
  10. Sebelum itu, lenyek isi durian mengikut tahap kehancuran yang disukai, tapi janganlah hancur sangat, tak cantik
  11. Lempeng sudah sejuk, isi durian sudah dilenyek semangkuk, whipping cream pun sedah mengental, marilah kita teruskan acara membalut melipat pula
  12. Mula-mula, bentangkan sekeping crepe dengan sempurna, jangan ada yang lipat-lipat
  13. Kemudian letak sesudu besar whipping krim di tengah-tengah crepe, taruk sedudu besar isi durian di atas krim dan tutup kembali atas isi durian tadi dengan krim.  
  14. Tarik crepe dari kiri ke kanan, dan kanan ke kiri sehingga menutupi isi tadi, dan lipat bahagian atas serta bawah crepe
  15. Proses terakhir - terbalikkan Crepe Durian 7 Jenis Tepung tadi, dah pun siap
  16. Untuk rasa yang lebih enak, simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati. 

No comments:

Post a Comment