25.8.16

PUDDING ROTI BERSOS KASTARD YANG TERSANGATLAH ENAKNYA


Assalammualaikum semua.  Diharap sihat sejahtera dan ceria hendaknya.

Hari ini tak mahu banyak celoteh sebab hendak cepat siapkan entry saya kali ini iaitu bagaimana nak buat Pudding Roti Bersos Kastard yang sangat lazat & enak ini.  Saya rase kalau sesiapa sahaja yang tengok gambarnya saje dah tahu betapa sedapnya pudding ini ditambah pulak dengan sos kastardnya yang yummy, sangat berlemak dan wanginya.  Teruja tak?  Kalau teruja, jangan buang masa lagi, jom jenguk kat bawah ini untuk resipi dari Hana Memories ini dengan sedikit tokok tambah dari saya. Terima kaseh Hana Memories.  Izinkan akak share pulak di sini supaya lebih ramai yang mendapat manafaat darinya.  Dapatlah ramai cuba membuatnya untuk dinikmati bersama yang tersayang.

Jom kita tengok apa yang diperlukan dan cara-cara membuatnya.  Cuba tau, jangan tak cuba, rugi nanti sebab ianya sangatlah sedap.  Selamat mencuba ye, nanti share-share lah pengalaman masing2 dan apa agaknya pendapat anda mengenai pudding ini.


Bahan-bahannya

  • 7-8 keping roti Gardenia - dipotong cube
  • 2 cawan susu segar* (saya guna 3 sudu besar susu Nespray dibancuh dengan 2 cawan air)
  • 2 biji telur*
  • 1 sudu teh esen vanilla*
  • 4 sudu besar gula halus*
  • 2 sudu besar mentega/margarine - dicairkan
  • 1/4 sudu kecil garam* (saya tokok)
  • 4 sudu besar kismis
  • Sedikit serbuk kayu manis* (jika suka)

Untuk Sos Kastard

  • 1 tin susu cair (saya guna Ideal Evaporated Milk)
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara membuatnya

  1. Sediakan mangkuk.
  2. Satukan bahan-bahan yang bertanda (*)
  3. Roti dipotong cube atau dicarik2kan dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
  4. Biarkan terendam dan meresap seketika
  5. Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair.  Gaul sebati
  6. Tuangkan ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.  Taburkan baki kismis di atas adunan
  7. Bakar pada suhu 180 deg C selama 30 minit atau sehingga masak

Untuk membuat Kuah @ Sos Kastard

  1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat (kepekatan ikut selera masing-masing)
  2. Tuang ke atas pudding roti tadi
  3. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.
  4. Selamat mencuba.
  5. Yummy sangat

14.8.16

DURIAN CREPE 7 JENIS TEPUNG


Alhamdullillah, hooray!! musim durian tiba lagi dan merata-rata sekarang kita boleh melihat banyaknya gerai menjual buah "King of the Fruits" ini di tepi-tepi jalan, dengan berbagai harga, ada yang RM10 sekilo, RM12 sekilo terpulanglah kepada jenis-jenisnya.  Of course lah, kalau yang Musang King tu mencapai berpuluh ringgit sekilo.  Bila tiba musim durian ini, benda yang paling hot dan viral yang diperkatakan pasal buah durian ini sudah tentulah Durian Crepe.  Tak susah dah nak cari Durian Crepe ini kerana dah merata orang menjualnya, dan ada yang sanggup belajar membuatnya tidak terkecualilah saya yang telah mencubanya.  Actually bukan first time saya mencubanya, dah try a few years back tapi masa tu buat guna sejenis tepung jer, tak le berapa memuaskan. Tapi musim ini saya beranikan diri cuba mengguna 4 dan 7 jenis tepung. Kedua-duanya pun bagus dan amat memuaskan.  Nantik saya share satu-satu ye, dan saya mulakan dengan yang 7 jenis tepung ini.

Dua hari sudah cuba buat Durian Crepe guna 4 jenis tepung, sedap lembut sangat, siap boleh ditarik-tarik lagi crepenya.  Happy rase bila berjaya melenggangnya dalam non stick pan dengan mudah, cantik dan yang penting sangat nipis kejadiannya, dan tidak koyak.  Bak kata orang puteh, "easy to handle".  Masak pun sebelah ajer kerana ianya dah nipis dan mudah masak sekata.

Pastikan adunan di adun sebati dan cermat tanpa buih-buih halus untuk mengelak crepe anda mempunyai lubang pori-pori selepas dimasak untuk mendapatkan crepe yang cantik dan gebu. Teknik melenggangnya adalah lebihkurang sama macam melayang kuali masa masak lempeng atau pancake. Cuma pan diangkat dan tak perlu pakai sudu atau sudip untuk meratakan adunan.  Crepe yang dah masak elok boleh ditindih antara satu sama lain atas pingan.  InSyaa Allah tidak melekat.

Semalam try pulak yang guna 7 jenis tepung.  Subhanallah cantik dan sangat sangat sedap hingga my daughter yang tak berapa gemar durian crepe ni kate makan on its own pun rase sedap.  So today nak share resipi yang guna 7 jenis tepung ini dengan rakan-rakan yang sudi singgah kat blog saya.

Try le buat tengah musim durian ini, nanti idak le terkenang2kan keenakan durian crepe yang memang sangat delicious, mengalahkan ice-cream lagi.  Just remember Durian Crepe harus disimpan dalam fridge ye, enjoy it as you enjoy your ice-cream.

OK jom tengok recipi yang saya pelajari dari blog fevret saya Sheila Spices Journey yang telah sudi berkongsi resipinya dengan kita semua.  Terima kasih saya ucapkan kepada Sheila, izinkan saya share pulak your fantastic recipe ni which is gonna be for keeps for me....Selamat mencuba ye rakan-rakan yang saya sayangi.  Thank you.


RESIPI DURIAN CREPE 7 JENIS TEPUNG

Sumber : Sheila Spices Journey

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar tepung hong kong
  • 3 sudu besar tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar tepung ubi kayu
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung super fine
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 biji telur - buang tali pusat
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 3 sudu besar mentega yang dicairkan
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh vanilla esen
  • Sedikit pewarna hijau dan kuning (kalau suka buat dua colour)

Untuk Inti

  • Non-dairy whipping cream (Brand Rich)
  • Isi durian mengikut keperluan

Cara-cara membuatnya

  1. Satukan semua bahan dan kacau sebati dengan menggunakan whisk atau blend pun boleh (kalau blend hendaklah ditapis dulu).
  2. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.  Keluarkan dan kacau rata.
  3. Panaskan sebentar kuali non-stick menggunakan api paling perlahan
  4. Masukkan adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali supaya adunan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak
  5. Tidak perlu terbalikkan crepe waktu mengangkat dari kuali
  6. Ulangi sehingga adunan habis dan biarkan crepe sejuk sebentar
  7. Setelah selesai buat crepe, bolehlah kita sediakan initinya pula
  8. Putar whipping cream sehinga kental dengan kelajuan pemutar tinggi (sekiranya whipping cream ini sudah cukup manis, tak payah tambah gula tapi kalau nak tambah gula pun boleh, terpulang kepada kehendak masing-masing)
  9. Kuantitinya pulak, terpulang banyak mana hendak diguna tapi perlu ingat whipping cream ini akan naik berganda apabila diputar, so agak-agaklah ok (satu cawan pun memadai kot)
  10. Sebelum itu, lenyek isi durian mengikut tahap kehancuran yang disukai, tapi janganlah hancur sangat, tak cantik
  11. Lempeng sudah sejuk, isi durian sudah dilenyek semangkuk, whipping cream pun sedah mengental, marilah kita teruskan acara membalut melipat pula
  12. Mula-mula, bentangkan sekeping crepe dengan sempurna, jangan ada yang lipat-lipat
  13. Kemudian letak sesudu besar whipping krim di tengah-tengah crepe, taruk sedudu besar isi durian di atas krim dan tutup kembali atas isi durian tadi dengan krim.  
  14. Tarik crepe dari kiri ke kanan, dan kanan ke kiri sehingga menutupi isi tadi, dan lipat bahagian atas serta bawah crepe
  15. Proses terakhir - terbalikkan Crepe Durian 7 Jenis Tepung tadi, dah pun siap
  16. Untuk rasa yang lebih enak, simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati. 

11.8.16

KETAM BLACKPEPPER CRAB


Biasanya kalau kita beli ketam, mesti tak de masak lain, asyik dengan masak lemak ketam, kari ketam, masak sambal ketam, sweet sour ketam, sup ketam atau goreng ketam atau pun ketam telur masin, betul tak?  Kali ini apa kata kita cuba Ketam Blackpepper ini yang saya jumpa di blog Rasa Malaysia semasa bergoogle mencari idea apa nak masak dengan ketam yang saya ada dalam fridge kat rumah tu.

Masakan Ketam Blackpepper ini sangatlah yummy, sangat delicious, menu ini saja dah cukup untuk mendapatkan satu hidangan yang boleh saya katekan lengkap, cukup dengan rasa ketam yang telah sebati dengan bawang2, daun kari, cili padi, sos2 tiram dan kicap. butter, taucu, lada hitam yang ditumbuk kasar2 dan juga udang keringnya...Seronok bila tengok suami dan anak memang appreciate masakan ketam blackpepper ini, sedap sangat kate mereka, cuma suami kate kalau bubuh sikit lagi lada hitam dan taucu, lagi sedap kot.  Daughter pula comment pedas, so maybe next time boleh kurangkan cili api.  Apa-apa pun overall, saya boleh bagi 5 bintang untuk resipi ini and this is for keeps!


Tak sabar rasenya nak share dengan rakan-rakan semua kat blog saya ini.  Saya dah cuba buat semalam so kalau rakan2 nak try something different, boleh cuba yang ini.  Kalau ada yang pernah buat, what do you think, sedap kan?...

Jom kita jengok resipinya, maaf lah sebab ianya dalam bahawa Inggeris tapi tak de masalah kot, malas pulak saya nak translate.  Saje nak biarkan dalam bahasa Inggeris ini at least we can learn and get used to the language...lagi pun masakan ini betul2 ade identiti Malaysia kerana bahan-bahannya terdiri dari bahan 3 kaum - Cina (seasonings), India (daun kari) & Melayu (cili padi)

Happy trying....cuba tau jangan tak cuba, menyesal nanti....

RESIPI KETAM BLACKPEPPER CRAB

Sumber : Rasa Malaysia

Ingredients

  • 3 fresh crabs
  • Some salt & turmeric powder (to mix with crabs before frying)
  • Oil for deep frying
  • 2 tablespoons butter
  • 2 shallots, thinly sliced
  • 2 cloves garlic, very finely chopped
  • 1 tablespoon salted soy beans (tauchu), mashed
  • 2 tablespoons dried prawns, roasted and ground
  • 3 tablespoons black pepper, ground coarsely
  • 1/2 cup curry leaves
  • 10 red or green bird's eye chillies, chopped
  • 2 tablespoons black soy sauce
  • 3 tablespoons sugar
  • 2 tablespoons oyster sauce

Method

  1. Clean the crabs and cut in half, discarding the spongy "dead man's fingers."  Smash the claws with a cleaver to allow the seasonings in. 
  2. Deep fry the crab until half-cooked, drain and set aside (before frying, mix the crab with some salt and turmeric powder to add colour).
  3. Heat a wok or large kuali, melt the butter and add in shallots, garlic, salted soy beans, dried prawns, black pepper, curry leaves and chillies.  Saute till fragrant then add crab and the remaining ingredients.
  4. Cook for 10-15 minutes until crab is done.

10.8.16

KARIPAP BLACKPEPPER SEDAP SANGAT


Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura.  Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya seperti karipap daging, karipap ayam, temosa/karipap Ikan, karipap sardin atau karipap pusing.


Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang.  Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan.  Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa.  Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam.  Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap dikenali sebagai temosa yang boleh didapati di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu misalnya.  

Saya masih teringat kepada percutian saya dan keluarga di pantai timur baru-baru ini. Betapa sedapnya Temosa yang saya makan di Restoran Haiping di Kemaman yang popular dengan kopinya yang sangat sedap.  Masih terasa keenakan Temosa ini dengan isi ikannya dan kelapa yang sangatlah lemak manis-manis masin dengan bau halba yang sungguh menikam kalbu...hehehe!  Second day kononnya pergi lagi ke Restoran Haiping ini tapi hampa kerana pada hari yang kami pergi tu bukanlah hari orang hantar Temosa kat restoran tu, sedihnya! 

Di Johor karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap.  Juga perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama.  Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.

Kueh karipap selalunya menjadi pilihan menu dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.  Biasanya ia disertakan dengan kopi dan teh O panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.


Semalam saya telah cuba membuat Karipap berinti daging blackpepper yang saya terjumpa di dalam salah satu blog ketika menggoogle berbagai jenis karipap kerana saya ini memang hantu karipap. Ape aje karipap memang saya tak tolak, malahan boleh makan beberapa ketul sekali hadap.  Itulah saya hantu karipap.   Buat karipap ini kadang-kadang pastrinya tak berapa nak menjadi tapi resipi yang saya dapat ini menghasilkan pastri yang sangat lembut dan tidak begitu rapuh (saya tak berapa suka yang terlampau rapuh tu).  Sudah pasti recipe ini is for keeps!


So rase nak share  resipi Karipap Blackpepper sedap Sangat dengan rakan-rakan pengunjung MyHome Recipes ni kerana kalau saya cakap pun tak guna selagi rakan-rakan semua tak mencuba. So apa kata, you all try buat karipap ini dengan mengguna resipi yang saya turunkan di bawah ini. Pasti tidak mengecewakan.  Apa lagi yang dinanti-nantikan, jomlah!.

RESIPI KARIPAP BLACKPEPPER SEDAP SANGAT

Bahan Doh

  • 1 kg tepung gandum
  • 3 senduk minyak masak (dipanaskan)
  • 3 biji limau kasturi (diambil airnya)
  • 4 cawan air sejuk dari peti ais

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak.
  2. Kemudian, tuangkan perlahan2 ke dalam tepung gandum yang telah dicampur dengan garam.
  3. Gaul mengguna sudip kayu sehingga nampak menjadi seperti serbuk roti
  4. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan juga jus limau kasturi dan uli sehingga doh tak melekat di tangan (jangan terus tuangkan air, tuang sikit demi sedikit - biasanye air tak habis diguna)
  5. Perap doh di dalam bekas tertutup atau dalam bekas tupperware tertutup selama 10-15 minit untuk melembutkannya.
  6. Bulat2kan kecil atau mengikut saiz kehendak masing-masing (kalau saya suka besar sikit untuk memudahkan taruk inti nanti supaya tak terbuka, dan lebih kemas)
  7. Gelek dan isi inti (biar banyak, jangan kedekut inti supaya nampak cantik dan kembung sikit) serta boleh dibakar atau digoreng (jika ingin dijadikan frozen, goreng sebentar sahaja)

Bahan Inti

  • Beberapa biji kentang atau keledek atau kedua2nya campur sekali  (potong dadu)
  • Sebungkus daging/ayam kisar
  • 3 biji bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih -dicincang
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar rempah sup
  • 2 sudu besar lada hitam yang telah ditumbuk kasar
  • Sedikit air
  • Daun sup/bawang - dihiris kasar
  • Garam/gula/perasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak
  2. Goreng kentang atau keledek separuh masak, angkat
  3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau
  4. Masukkan daging/ayam kisar dan kacau sehingga daging masak
  5. Masukkan rempah kurma dan rempah sup dan kacau lagi sehingga sebati
  6. Tuangkan sedikit air dan perlahankan api untuk biarkan rempah garing dan masak
  7. Setelah nampak rempah2 agak garing, masukkan kentang/keledek dan kacau lagi sebati
  8. Masukkan lada hitam garam gula dan perasa ikut tahap disukai 
  9. Masukkan daun sup/daun bawang yang dihiris kasar
  10. Siap

8.8.16

NO-BAKE CHOCOLATE BISCUIT CAKE


This is simply stunning!  The picture itself looked so tempting that I am sure you would want to try it out immediately, and if you crave something sweet, chocolatey and delicious, well then this beautiful Chocolate Biscuit Cake Might be the right treat for you.

This No-Bake Chocolate biscuit Cake from HOME COOKING ADVENTURE is so  yummilicious (yummy+delicious) that I simply must share the recipe with you.  To those who love rich, no-bake chocolate cake, must try this out as it is so easy to make.  It is so good that it doesnt matter if the cake is served cold and sticky from the fridge or soft and smooth at room temperature, whichever, it is as good.

I am sure many of us are familiar with this no-bake chocolate biscuit cake since childhood.  It is somewhat similar to Kek Batik, which is the  Malaysian version whereby condensed milk and some milo and the marie biscuits are used instead.  They taste quite the same too.  Only I think this English version is richer and more chocolatey.  


I read from somewhere that Prince William actually requested this cake at his wedding reception, and now you can easily make it in your own kitchen with a few simple ingredients and easy steps. This decadent dessert is great for chocolate lovers and will be a hit at your next get-together with your family and friends...So lets get started.

Ingredients

  • 28 oz (800g) digestive biscuits, tea biscuits
  • 1 cup (100g) nuts (walnuts, hazelnuts) toasted & slightly chopped

Chocolate Syrup

  • I cup (200g) sugar
  • 1/2 cup (60g) unsweetened cocoa powder
  • 1 cup (240 ml) water
  • 2/3 cup (150g) butter
  • 1 tsp vanilla extract

Chocolate ganache

  • 1/2 cup (120g) whipping cream (35% fat)
  • 4 oz (120g) bitterweeet chocolate, chopped

Directions

  1. Break the biscuits (cookies) into small pieces into a large bowl
  2. Heat a non-stick pan over medium high heat and toast walnuts or hazelnuts for about 5 minutes, stirring frequently to toast evenly.  Add toasted nuts over the biscuits.

Prepare the chocolate syrup.  

  1. In a medium sauce pan add sugar and cocoa powder.  Stir to combine, gradually add water, while stirring to combine well.  Add the butter and place over medium heat.  Bring to boil for about 7-8 minutes stirring constantly.  Remove from heat and add vanilla extract.  Set aside to cool slightly for about 10-15 minutes.
  2. Pour the syrup over the biscuits and nuts and combine well using a large spatula or spoon
  3. Transfer the mixture into a 9 inch (23 cm) non-stick round cake ware (like the one I've used from Delicake) or use a 9 inch (23 cm) springform pan, bottom lined with parchment paper.
  4. Press well using the back of the spoon or an offset spatula
  5. Cover and refrigerate for about 30 minutes to 1 hr before preparing the chocolate ganache

Prepare Chocolate Ganache

  1. Place cream into a small saucepan and heat until just begins to boil
  2. Pour hot cream over the chopped chocolate and let sit for 1 minute.  Stir until smooth
  3. Pour ganache over the chocolate biscuit cake and refrigerate to set for about 3-4 hours or overnight before serving.
  4. Decorate with toasted nuts if desired, cut into slices and serve

SAMBAL SARDIN CILI PADI


Sadin adalah merupakan makanan kegemaran saya dari dulu lagi.  Tak kiralah sadin masak kari ke, sadin buat inti karipap ke. sadin masak lemak ke, semuanya saya suka tapi yang paling favourite ialah masak sambal sadin cili padi ini.  Memang tersangatlah sedap, satu lauk ini dengan nasi panas pun sudah memadai tapi kalau rajin sikit buat telur dadar, wah memang sedap giler.

So saya rase macam nak share satu resipi sambal sadin cili padi ini yang sangatlah excellent, sedap dengan cukup pedasnya memang terlajak laris bila dihidangkan untuk santapan keluarga.  Saya pasti mesti ramai yang tahu bagaimana nak masak sambal sardin ini dengan bermacam versi.  Cer cuba yang versi saya nak kongsi di bawah ini.  Sedap sangat.  Mesti cuba tau.  Bolehlah buat untuk lunch tengahari ini ye kalau nak something simple and nice. 

Jom ikut saya untuk resipi Sambal Sadin Cili Padi yang awesome ini.  Selamat mencuba

Bahan-bahan

  • 1 tin besar sardin jenama Ayam Brands - asingkan ikan serta kuahnya
  • 1-2 biji bawang besar - dihiris nipis
  • 3-4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 10-15 biji cili padi - ditumbuk/ketuk2 kasar
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • Garam dan gula jika perlu
  • 2 sudu besar cili boh
  • Air secukupnya
  • Sedikit cuka atau air asam jawa (saya tokok)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis serta bawang putih dan cili padi yang telah diketuk/tumbuk
  3. Tumiskan hingga naik bau
  4. Masukkan cili boh dan tumis lagi hingga nampak garing, dan masukkan ikan dan tumiskan sekali lagi tapi jangan kacau kerap untuk mengelakkan ikan hancur
  5. Kemudian masukkan kuah sardin tadi, kicap manis dan masin dan sedikit air jika kuah terlalu pekat
  6. Masukkan sedikit cuka atau air asam jawa dan kacau sebati
  7. Perasakan dengan garam dan gula
  8. Angkat dan siap untuk dihidang bersama nasi putih atau dicicah bersama roti.

4.8.16

KURMA KAMBING NOXXA DAP DAP




Jom kita sediakan masakan Kurma Kambing guna periok Noxxa untuk lunch for the family hari ni.  Senang bangat ada periok Noxxa ni macam-macam boleh masak, cepat pulak tu.  Kurma Kambing ini pun cuma mengambil masa 25 minit jer untuk memasaknya.  Terasa daging kambing yang dimasak begitu tender lagi dan sangatlah delicious especially daging telah diperap dulu dengan rempah kurma serta halia dan bawang2 yang dikisar membuatkan daging kambing terasa sungguh enak.

Kepada yang bercadang nak masak kurma ini dan kepada yang kesuntukan masa dan ada pulak periok Noxxa ni kat rumah, apa kata try jer buat kurma ini.  Sedap tau puan-puan, rugi kalau tak try. Jom kita masuk dapur.  Selamat mencuba ye puan-puan.  

RESIPI KURMA KAMBING NOXXA DAP DAP

Bahan-bahannya

  • 700 gram daging kambing yang telah dipotong
  • 1 paket (atau 4 sudu besar) rempah kurma
  • Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kurma.  Gaulkan dengan daging
  • Bawang besar, dimayang
  • Rempah ratus
  • Kentang
  • Lobak merah/carrot
  • Lada hijau (jika suka)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • Garam sebagai perasa

Cara-cara Membuatnya

  1. Set pada Noxxa pressure cooker pada "Stir-fry" mode
  2. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dimayang dan rempah ratus
  3. Masukkan daging yang telah diperap tadi
  4. Tumskan seketika
  5. Masukkan kentang, carrot dan lada hijau
  6. Masukkan santan separuh kotak, air dan garam
  7. Air lebih kurang paras daging
  8. Off mode "Stir-Fry" tadi
  9. Set pada HP mode selama 25 minit
  10. Pastikan tombol menghala ke arah Pressure
  11. Release steam dan tadaaaaa siap sudah lauk kurma kambing kita
  12. Kalau nak kuah lagi pekat tekan mode "Stir'Fry" untuk pekatkan kuah.

3.8.16

KEK MARBLE MINYAK YANG MOIST & LEMBUT



Assalammualaikum semua dan apa kabar?  Adalah diharapkan agar anda semua sihat-sihat dan happy belaka hendaknya.

Entri saya kali ini nak share recipe Kek Marble Minyak yang sangat moist dan lembut ini yang telah saya pelajari dari blog Let's Cook & Bake.  Saya telah mencubanya beberapa minggu yang lalu dan nyata tidak menghampakan.  Kek Marble Minyak ini amatlah sedap, moist rasanya sebab antara bahannya ialah minyak dan susu pekat.  Kek ini memang sesuai dibuat makan untuk satu famili.

Jom tengok bahan dan cara membuat Kek Marble Minyak yang sangatlah mudah ini.  Saya dah cuba, anda bila lagi.....

RESIPI KEK MARBLE MINYAK YANG MOIST & LEMBUT

Bahannya

  • 4 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus/gula castor (boleh kurangkan ke 3/4 cawan jika tak suka manis)
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk garam
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya

  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang gebu dan ringan dengan high speed dalam 10-15 minit
  2. Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum, garam dan baking powder.  Pastu gaul rata bahan yang diayak.
  3. Adunan dah kembang tadi, masukkan susu pekat dengan mixer speed perlahan
  4. Masuk lagi esen vanilla dan bahan2 yang diayak ke dalam adunan perlahan-lahan dan sikit-sikit
  5. Masukkan minyak dan sebatikan semua step ini jangan pukul lama sangat.
  6. Off mixer dan sebatikan dengan spatula atau senduk kayu dengan kaedah kaup balik
  7. Asingkan kepada dua bahagian warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko
  8. Kacau rata
  9. Sediakan loyang pembakar dengan mengguna loyang bulat 8". Sapu minyak dan lapik kertas baking
  10. Ambil senduk lapiskan dengan warna asal dulu dan kemudian warna koko.
  11. Ulang sampai habis
  12. Oven panaskan dulu 170 degree C (Jika guna oven kecil guna suhu 160 degrees C) dan pakai api atas bawah dan bakar selama 40-45 minit hingga masak
  13. Dalam 40 miit boleh jenguk check dengan lidi sate cucuk tengah kek kalau keluar bersih, kek masak if belum sambung sampai masak
  14. Dah masak keluarkan dari oven, sisip tepi kek dengan pisau supaya mudah kek keluar
  15. Telangkupkan atas redai dawai
  16. Buang kertas baking dan telangkupkan balik kedudukan asal dan lapik dengan pinggan atau kek board
  17. Dah sejuk bolehlah dipotong Kek Marble Minyak ni
  18. Selamat mencuba
  19. Dah cuba kalu, sila komen hehehe....thank you.