Minggu lepas semasa saya dan suami ke pasar minggu di tempat saya, ternampak gerai daging lalu suami beli sekeping tulang rusuk minta saya buatkan sup untuk lunch Ahad tu. Saya pun ok jer lagipun dah lama rasanya tak masak sup tulang. Excited juga nak buat coz teringat kat periok Noxxa kat rumah, pasti senang memasaknya. Confident sungguh rasanya.
Memang hasil sup tulang hari itu sangatlah memuaskan, sedap dan enak sekali. Berkali-kali jugalah suami memberi pujian, sedap katenya boleh buat lagi bila anak-anak balik. Sangat mudah menyediakan sup tulang dengan periok Noxxa. Dari awal hingga ke akhir, saya terus mengguna Noxxa ini bermula dengan menumis (stir fry) sampai wangi hingga tulang betul2 empuk dengan High Pressure selama 45 minit. Saya percaya ianya mengambil masa yang lebih lama jika di masak atas dapur biase, mahu jadi 2 jam. Alhamdullillah dengan adanya periuk Noxxa ini, amat mudah kerja saya hari itu.
Teringat pulak kat anak gadis kami yang bertugas oncall hari Ahad itu. Suami mencadangkan kami pergi menghantar sedikit untuk dia rasa nanti for her dinner malam itu. Komen anak dalam wassup setelah menikmatinya "Sedapnya sup tulang mak, habis dah adik makan, thanx mak". Sebak rasa. Puas rasa bila anak dapat rasa. Cuma tak dapat nak hantar ke anak lelaki kerana jauh sikit. In Syaa Allah suami kate boleh buat lagi bila anak-anak semua balik.
Kepada yang ingin mencuba buat Sup Tulang Rusuk ala-ala Siam atau Thai ini boleh guna resipi di bawah kerana ianya sangat delicious. Selamat mencuba!
Bahan-bahannya
- 1 kg tulang rusuk dipotong sederhana kecil
- 7 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1/2 inci halis (ditumbuk)
- Serba satu kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang
- 1 bungkus bunjut sup Tulang Adabi
- 3 biji ubi kentang (dipotong 2)
- 1 batang carrot (dipotong bersesuaian)
- 1 batang celery (dihiris serong)
- 1 biji tomato sederhana besar (dibelah 4)
- 1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
- 6 biji cili api (diketuk) - boleh tambah jika suka pedas
- 2 sudu makan sos ikan
- 1 biji perahan air limau nipis - boleh tambah jika suka sedikit masam
- Sedikit daun sup, daun bawang & bawang goreng
- Garam & gula secukup rasa
Cara menyediakannya
- Basuh tulang dan toskan.
- Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya sehingga tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada untuk menjimatkan masa.
- Apabila tulang telah empuk, masukkan bunjut sup dan sediakan bahan tumisan.
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan.
- Tuangkan ke dalam periuk sup tadi.
- Masukkan ubi kentang dan setelah sedikit empuk, masukkan carrot. Biar reneh sebentar dengan api perlahan.
- Masukkan cili padi, hirisan bawang holland, tomato, celery dan perahan air limau nipis serta sos ikan.
- Tambahkan garam dan sedikit gula. Kacau dan sesuaikan rasa.
- Tutup api dan sedia untuk dihidang.
- Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang