Nampaknya minggu ni macam dah hari-hari pulak kita buat kek buah, semalam versi bakar dan yang ni pulak versi kukus. Bukan apa, tapi geram bila pernah buat sekali dulu tak menjadi. Nak balas dendam konon, terus buat 2 versi sekali...nah ambik ko! hehehe.
So hari ini biarlah Kak Raja share resipi kek buah kukus yang marveles ini yang Kak Raja dapati dari blog hanamemories. Memang sangat sedap tak rugi membuatnya walaupun mengambil masa yang lama untuk mengukus tetapi memang sejak Kak Raja beli pengukus elektrik Trio ini, kerja-kerja mengukus amat mudah sekali. Pertamanya senang kita nak monitor paras air pengukus ini because boleh see through, kalau dah dekat nak habis boleh ajer tuangkan air di muncung sebelah tepi steamer.
Untuk mempercepatkan lagi masa mengukus, Kak Raja guna bekas aluminium kecil seperti di dalam gambar ini. Satu bancuhan boleh dapat 3 bekas dan masa mengukus hanyalah 1 1/2 jam - 2 jam dari 4 jam biasanya. So apa lagi, jom kita intai resipinya. Cuba tau jangan tak cuba sebab kek buah kukus ini memang ternyata sedap, confirm punyer....
RESIPI KEK BUAH KUKUS
Sumber rujukan : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
- 250g butter (try guna butter yang baik seperti Anchor)
- 350g gula pasir
- 60ml air panas
- 500g buah-buahan campuran atau raisins/sultanas + sedikit mixed fruits (saya campur sikit walnut)
- 3 biji telur gred A
- 350g tepung gandum*
- 1 sudu kecil cream of tartar*
- 2 sudu kecil soda bicarbonate* (boleh letak 1 1/2 sudu kecil)
- 1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg* (tak letak pun tak pe)
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar sunquick
- 1 sudu kecil vanilla essence
Cara-cara
- Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquick. Kacau kemudian sejukkan.
- Ayak bahan-bahan yang bertanda*. Masukkan ke dalam adunan mixed fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
- Di dalam mangkuk lain pulak, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
- Alas loyang 7x7 inci dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak menitis.
- Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan (boleh dikukus 2 jam sahaja). Saya guna bekas aluminium kecil-kecil ini (satu bancuhan boleh dapat 3 bekas), so 1 1/2 jam sudah memadai.
- Sejukkan kemudian potong (pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong.
- Bila kek masak, jangan terus angkat atau buka penutupnya. Biarkan dalam 5 minit baru dibuka penutup steamer dan lap aluminium foil sekiranya ada air jatuh. Lepas 10 minit baru buka aluminium foil yang menutupi kek. Biar sejuk dalam pengukus.
nak tanya ..masa kukus guna bekas aluminium tu ..akk guna tutup dia sekali ke masa kukus atau balut aluminium foil..
ReplyDeleteAssalamualaykum boleh ke kukus dengan loyang 10 inci dalam pengukus ini?
ReplyDelete