Tiap kali Kak Raja dan keluarga JJCM jalan-jalan cari makan ke Penang mesti pekena Mee Udang Yati yang dekat Teluk Kumbar atau yang dekat Sg Dua tu dulu, kalau tidak tak sah. Setiap kali berkunjung ke gerai Yati ini misalnya, selalu ramai orang, maknanya mestilah mee udang dia popular & sedap kan....tapi memang betullah memang sedap giler kuahnya sampai boleh dihirup-hirup, licin pinggan dibuatnya. Harganya pun not bad, kalau order mee udang special tu harganya RM28 ringgit sepinggan. Mula-mula terkejut jugaklah tapi bila diterangkan oleh tuanpunya kedai tu bahawa mee udang special mahal kerana banyak udang besar tapi memang ye le memang banyak udangnya..selak-selak udang, selak-selak lagi, ada udang lagi...hehehe...
So dah lama jugaklah Kak Raja mencari-cari resipi mee udang yang asli ni...puas jugaklah bila setiap kali makan mee udang Yati ini, try jugaklah rasa-rasa bahan2 yang diguna, tertanya-tanya di dalam fikiran ni apa bahan2 yang diguna.., lepas tu, ade juga google tapi macam tak best jer, last-last hari tu ada pulak ternampak posting kat fb ditulis Resipi Mee Udang Sedap, so baca-baca bahan2nya macam ok jer macam kena jer. So dah le try buat last week dan happy sangat kerana ada rasa mee udang yang kat penang tu. So nak share le pulak dengan sesiapa nak cuba, boleh try resipi ini...highly recommended...
Bahan bahan:
- 6 ekor udang besar (ikut suka)
- 6 ekor udang kecil buang kulit
- 2 sudu besar udang kering
- 2 sudu besar cili kisar
- 4 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
- 2 biji tomato buah
- 1 biji ubi kentang - rebus
- Garam, gula & serbuk perasa
- 2 senduk sos tomato
- 1 senduk sos cili
Bahan hiasan:
- Telur - rebus
- Sawi - celur
- Cili merah - hiris
- Bawang goreng
- Daun bawang - hiris
- Mee - celur
Cara cara:
- Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
- Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu & tomato hingga halus.
- Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.
- Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa.
- Masukkan udang besar, biar mendidih sebentar dan kemudian bolehlah diangkat dan hidang.
- Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai.
No comments:
Post a Comment