22.3.15

BIHUN SIAM YANG SANGATLAH LAZAT


Sekadar hingga berkongsi resipi BIHUN SIAM YANG SANGATLAH LAZAT ini kepada penggemar bihun untuk suatu rasa kalainan dari bihun yang biasa kita goreng dimana bihun siam ini dinikmati bersama dengan kuahnya yang dimasak bersama dengan taucu membuatkannya menjadi masam-masam manis dan enak sekali.

Jom cuba!

Bahan-bahan

500 grams bihun (direndam dengan air sejuk biasa sehingga lembut dan ditoskan)
Sedikit daun kucai dipotong 1 inci
1 mangkuk tauge
1 biji cili merah dihiris
4 biji telur rebus
3 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
10 ekor udang hidup sederhana besar (dibuang kepala)
1 keping asam gelugor
1 cawan taucu (cuci bersih dengan air panas untuk hilangkan masinnya dan dilenyek2 sedikit)
1/2 cawan kacang tanah - jika suka (digoreng dan dikisar)
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan kisar

8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
30 tangkai cili kering - digunting2 dan direbus untuk dikisar
3 sudu besar udang kering
Sedikit belacan sekiranya suka

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak
Ambil dan simpan sedikit (dalam satu senduk) untuk kuah
Masukkan udang  hidup ke dalam sambal yang tinggal dalam kuali tadi dan dimasak sebentar
Masukkan bihun yang telah ditoskan dan kacau sehingga sebati
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali, masukkan tauhu goreng, daun kucai, tauge dan cili merah tadi
Angkat dan ketepikan

Untuk kuah

Di dalam periok, masukkan rencah yang telah diasingkan tadi
Panaskan semula
Tambahkan air secukupnya (terpulang sekiranya suka pekat atau cair)
Masukkan asam keping dan sedikit gula melaka
Masak sehingga kuah mendidih
Bila sudah mendidih, masukkan taucu, kacang tanah kisar. gara, dam gula secukupnya
Kuahnya mesti ada rasa masam manis
Bila sudah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Untuk menghidang

Masukkan bihun ke dalam mangkuk
Curahkan kuah di atasnya (terpulang kalau hendak banyak atau sedikit)
Taburkan bawang goreng, enak dimakan bersama telur rebus dan perahkan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak.


No comments:

Post a Comment