9.6.17

PULUT MANGGA



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang masih setia singgah kat blog hanizahomerecipes saya ini.  Rindu pulak sebab lama rase tak update blog kerana entahlah macam sibuk jer memanjang.

Pada entry kali ini, saya nak share satu resipi yang saya rasa ramai dah tahu tapi pada yang belum kesempatan nak cuba, saya syorkan resipi ini kerana saya telah mencubanya dan nyata ianya satu resipi yang bagus.  Actually dah lama nak share tapi asyik tertangguh jer nak kongsi resipi ini yang saya dapat dari FB Viral Oh Viral.  Actually dah lama juga dengar pasal pulut mangga ini tapi tak pernah nak buat, but bila first time merase kat Restoran Suri Thai mase percutian family ke kuantan March 2017 lalu, memang terus jatuh cinta dengan dessert Thai ini yang so marvelously delicious.

Jom kita tengok resipinya yang saya kongsi seperti di bawah ini.  Rasenya tak payah pun mangga harumanis, sebarang mangga pun ok asalkan kita pandai dan tahu memilih tapi kalu ada yang harumanis tu lagi le elok kan.  Selamat mencuba.


RESIPI PULUT MANGGA 
Bahan-bahannya 
● 400 gram beras pulut, rendam semalaman
● 1 cawan santan pekat
● 1 cawan santan cair
● 2-3 sudu besar gula
● sedikit garam
● beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
● 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
● 3 biji mangga
Bahan untuk kuah santan:
● 1 cawan santan pekat
● 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
● 1 helai daun pandan, carik dan simpul
● garam secukup rasa (biar kuah agak masin)
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk pulut:
1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.
Cara-cara untuk kuah santan:
1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.