10.7.15

BISKUT CHOCOLATE RICE RANGUP


Satu lagi resipi biskut Kak Raja nak share di sini, Biskut Coklat Urai (Chocolate Rice cookies) dari sumber Majalah Rasa (Selera Syawal) Ogos 2011 yang sangatlah sedap juga, rase-rase pahit dan ranggup.  Resipi ini menghasilkan anggaran 40-50 biji biskut.  Kalau hendak banyak, gandakan aje.

So jom kita intai resipinya di bawah....masih ade masa lagi kalau nak mencubanya tapi yang pasti ia sedap sangat.  Kalau tak nak pahit sangat, kurangkan serbuk coco tapi Kak Raja suke pahit-pahit sikit barulah chocolate namanya!.....Ape2 pun selamat mencuba ye.

Bahan2

  • 250 gm mentega
  • 140 gm gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 480 gm tepung gandum/all-purpose flour/rose flour
  • 50 gm serbuk badam
  • 50 gm serbuk coco
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit chocolate urai - untuk hiasan

Caranya

  1. Pukul mentega dengan gula halus hingga kembang
  2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla
  3. Masukkan serbuk badam, sebuk koko dan juga tepung (untuk tepung masukkan sedikit demi sedikit). Uli hingga menjadi adunan yang lembut, canai dan terapkan dengan acuan yang disukai.
  4. Taburkan dengan coklat urai di atasnya dan bakar pada suhu 165 deg celcius selama 20 minit atau hingga masak.


BISKUT JEJARI OAT SUSU


Assalammualaikum semua...diharap semua sihat dan tabah dalam menjalani ibadah puasa dan tak lama lagi, In Syaa Allah kita akan menyambut Raya.  Pastinya sekarang suri-surirumahlah yang paling sibuk...apataknya nak kena siap makan dan juadah untuk berbuka dan juga nak buat biskut lagi.   Tapi tak ape, berkat kesabaran & keikhlasan kita semua, segalanya dipermudahkan Allah.

Hari ni Kak Raja nak share resipi biskut jejari oat susu yang sangatlah sedap dan menjadi biskut yang mesti ada pada setiap kali Raya kami sekeluarga.  So kepada yang masih terfikir-fikir biskut ape nak buat, bolehlah try biskut ini yang memang popular suatu ketika dahulu tetapi kami masih tidak jemu untuk menikmatinya kerana ianya so sedap and so so crunchy...ok jom kita intai resipinya di bawah...Resipi ini untuk satu adunan yang boleh menghasilkan lebihkurang 50 biji biskut tetapi ikut acuan jugaklah...biasanya Kak Raja gandakan adunan ini, dapatlah banyak sikit, so kali 2 le semuanya ye....Selamat mencuba!

Bahan A

  • 225 gm butter
  • 125 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telor
  • 1 sdt esen vanilla (Kak Raja suka taruh lebih sebab suka bau vanilla ni)

Bahan B

  • 20 gm tepung kastard
  • 250 gm tepung gandum
  • 75 gm tepung jagung
  • 100 gm quaker oat atau roll oat (Kak Raja guna yang dalam tin merah tu)
  • 2 sudu besar serbuk coco
Hiasan : 100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar (ayakkan untuk bersatu)

Cara-cara

  1. Putar gula dengan butter hingga sebati
  2. Ayak bersama kesemua jenis tepung dan serbuk koko, masukkan oat.
  3. Masukkan telur kuning dan vanilla ke dalam adunan butter tadi.  Gaul rata dan masukkan tepung tadi dan uli sehingga sebati.
  4. Canai adunan mengikut acuan kesukaan dan bakar (try le cari acuan macam jejari tu).  Setelah biskut sejuk barulah di salut dengan susu tepung tadi (tapi Kak Raja salut mase biskut-biskut ni panas lagi takut tak melekat)

Nota:

  1. Quaket oat (dalam tin merah ye) di sanggai dahulu sekejap agak2 perang untuk menghasilkan biskut yang lebih ranggup.  Kak Raja kisar oat ni sampai halus.
  2. 100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar, campur & ayak dahulu.


3.7.15

KERABU TAUGE ENAK SEKALI


Bulan puasa ini, kalau sayur-sayur tumis rasenya tak berapa nak jalan.  So apa kata berbuke nanti, buat kerabu tauge ini.  Gerenti makan bertambah-tambah.  Resipinya cukup simple dan sangat mudah dan cepat untuk disediakan.  Kak Raja dah cuba buat minggu lepas dan dimakan dengan ayam percik. Perghhhh, memang terbaik sampai tak tahu nak cakap apa kecuali ia memang so sedap!  Rugi kalau tak try, jom kita intai resipinya di bawah.

Selamat mencuba!

Bahan-bahan

  1. 2 cawan tauge - cuci dan toskan
  2. 5-6 batang kacang panjang - dipotong kecil
  3. 1 biji bawang besar - dimayang nipis
  4. 2-3 biji limau nipis atau limau kasturi ambil jusnya
  5. Garam dan gula secukup rasa
  6. 1/2 cawan kelapa parut

Bahan ditumbuk lumat

  1. 2 biji bawang merah
  2. 1 ulas bawang putih
  3. 1/2 inci belacan - dibakar
  4. 2 biji cili merah atau cili padi - boleh tambah lagi kalau suka pedas
  5. Segenggam udang kering - rendam sekejap

Cara-cara:

  • Masukkan tauge, kacang panjang dan hirisan bawang ke dalam bekas.  Ketepikan.
  • Masukkan kelapa parut putih ke dalam kuali bersama bahan tumbuk, gaul rata dan sangai hingga hampir kering anggaran 10-15 minit.
  • Tutup api dan biarkan sejuk.
  • Gaulkan kelapa tadi bersama tauge, kacang panjang dan bawang besar kemudian masukkan perahan jus limau, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

2.7.15

AYAM MASAK HIJAU SEDAP



Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pengunjung blog saya yang tak seberapanya ini.  Terima kaseh kerana sudi singgah.  Kepada pengunjung Islam, hari ini sudah masuk hari ke 16 ye kita berpuasa.  Semoga ibadah puasa kita diterima Allah hendaknya.

Agak lama juga Kak Raja rasa tak update blog.  Maklumlah pada bulan puasa ini, memang sibuk sangat dengan kerja di office lagi, then balik nak kena rush untuk masak lagi.  Memang penat tapi inilah tanggungjawap kita yang harus kita buat dengan penuh ikhlas tanpa bersungut kerana pasti ada ganjarannya dari Allah.

Hari ini Kak Raja ingin nak berkongsi resipi ayam masak hijau Azlita Masam Manis.  Izinkan Kak Raja ye Azlita, kongsi resipi ini.  OK sedap juga ayam masak hijau ini dimakan dengan nasi putih panas-panas tapi rasanya kalau makan dengan nasi kunyit Azlita itu lagi sedap kot.  Ape2 pun, jom kita tengok resipinya,  Manalah tau kot ada yang ingin mencuba untuk dijadikan lauk untuk berbuke petang ini.  Selamat mencuba ye.

Bahan-bahannya:

  1. 1 ekor ayam potong dan cuci bersih
  2. Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam kemudian di goreng hingga keemasan atau 1/2 masak
  3. Rempah tumis ~ kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga
  4. Daun pandan ~ di simpul
  5. 1 batang serai ~ di titik
  6. Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

  1. 6 ulas bawang merah
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 2 inc halia
  4. 10 tangkai cili padi hijau
  5. 10 tangkai cili hijau

Cara-cara membuatnya:

  • Panaskan minyak di dalam kuali
  • Tumiskan bahan tumisan, daun pandan dan serai hingga harum
  • Masukkan bahan yang di kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
  • Kemudian perasakan dengan garam, gula dan juga maggi cukup rasa jika suka atau boleh juga jika nak tambahkan kiub ayam
  • Merenihkan sebentar
  • Masukkan ayam goreng tadi
  • Gaul rata
  • Jika kuahnya terlalu kering tambahkan sedikit air
  • Masak hingga kuahnya pekat dan ayam masak sepenuhnya
  • Sedia di hidangkan


1.7.15

SARDINE ROLL


    Setiap kali tengok sardin roll ni, mesti teringat zaman sekolah dulu kerana ianya adalah salah satu daripada resipi yang mula-mula dipelajari dalam kelas cookery homesience yang merupakan favourite subject Kak Raja.  Dalam subject homescience terdapat kelas neddlework & cookery dan kelas needlework lah yang paling Kak Raja tak suka tapi bila jahit apron, suka sangat pulak sebab nak dipakai masa kelas cookery nanti.

    Satu lagi, sardine roll ini bawa banyak kenangan masa time recess sekolah kerana terdapat sardine roll yang paling sedap yang dijual di kantin sekolah (Kak Raja bersekolah di Methodist Girls School Kuantan).  Memang setiap recess time, tak pernah tak beli sardine roll ni.  Sedap dan so lembut dan rasa sardine yang sangatlah enak tapi Kak Raja ni memang hantu sardin pun.

    So hari tu, bila terjumpa resipi Sardine roll ini, trylah buat,  Sedap jugalah dengan pastrynya yang lembut dan gebu dan inti sardin yang terasa perahan air limaunya...memang sedap & fevret kak Raja.  Kepada penggemar ikan sardin, resipi ini adalah salah satu masakan kueh yang boleh dicuba.  Jom tengok resipinya.  Selamat mencuba.    

    Bahan-bahan

    300gm tepung gandum
    120gm marjerin / mentega sejuk
    1/2 sudu teh garam
    3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)

    Inti Sardin

    1 tin sardin sederhana
    1/2 biji cili merah di cincang
    1/2 biji bawang besar di cincang
    1 sudu kecil jus limau nipis
    1/2 sudu teh garam / secukup rasa
    sedikit lada sulah
    1 biji kuning telur untuk glis

    Cara-cara :

    Inti Sardin :  Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata. Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.
    Doh Pastri : Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.
    Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.
    Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.
    Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang) Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.
    ** Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air. Doh akan ranggup selepas dibakar