Assalammualaikum & salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah ke blog "My HomeRecipes" yang masih baru ini dengan harapan semoga semuanya berada di dalam keadaan yang sihat dan happy selalu. Kepada umat Islam, tak lama lagi kita akan mula berpuasa In Syaa Allah.........marilah sama-sama kita rebut peluang ini untuk menjadi seorang hambaNya dengan keimanan & ketaqwaan dalam menjalani ibadah puasa supaya dikurniakan segala yang dijanjikan olehNya.
Menjelang bulan puasa ini, ibu-ibulah yang pasti orang yang paling sibuk sekali..apakan tidaknya bila seorang ibu itu lebih-lebih lagi sekiranya ia seorang yang bekerja kerana kena juga menyediakan hidangan untuk berbuka tapi Kak Raja percaya semua pun sudah bersedia untuk memikul tanggungjawap ini. Walaupun tak banyak masalah sekarang ini dengan adanya pasar-pasar Ramadan tetapi ianya tetap tidak sama dengan masakan yang disediakan oleh seseorang ibu itu. Kak Raja lebih suka menyediakan hidangan sendiri untuk keluarga, walaupun mempunyai masa yang sangat singkat kerana masih bekerja.
OK cukup kita berbicara tentang puasa kerana kalau nak ikutkan memang meleret-leret jadinya. So now, Kak Raja nak bercakap tentang resipi Kek Karamel ini yang memang dah lama diperkatakan dan ramai telah pun mencubanya tetapi Kak Raja ini baru terasa hendak mencubanya. Itupun setelah melihat betapa cantik kejadiannya dengan warna-warnanya yang cukup menarik. Bukan sahaja cantik dipandang tetapi sangatlah sedap bila dinikmati. Keknya tersangatlah gebu dan lembut spongy & springy gitu dan terasa macam cair jer dalam mulut coz ada karamel di atas. Ramai yang tertanya macamana kek tu boleh terjadi begitu adakah ianya dibakar/kukus berasingan....hahaha..ajaib kan...tetapi sebenarnya senang sangat buat kek karamel ini, sape2 pun boleh cuba. Alhamdullillah Kak Raja first time cuba, menjadi jugak lah...Buat first time dulu colour purple+pink+blue tetapi semalam try colour yellow+green+pink pulak...cantik sangat.
Resipi Kek karamel ini Kak Raja dapat dari blog fevret Kak Raja iaitu blog Azlitamasammanis oleh Azlita Aziz (izinkan Kak Raja share ye Azlita). Cuma ada sedikit penambahan kak Raja buat untuk bahan karamel iaitu Kak Raja juga guna 1 cawan susu pekat manis (tak payah gula lagi) & dan tambah lagi 2 biji telor (putih & kuning sekali) kepada yang sedia ada. Dan dalam adunan kek bahan 1, kak Raja tokok 2 sudu besar susu pekat manis. Vanilla essence Kak Raja tukar ke Vanilla paste untuk dipukul dengan telur supaya pekat sikit untuk kurangkan hanyir telur!
Kepada yang ingin mencuba, jom intai resipinya seperti di bawah....Selamat mencuba!
Gula Hangus
3 sudu besar gula pasirSediakan loyang 8 inci.Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahanBiar gula hancur dan warna tukar jadi perangRatakan gula dengan menyenget2kan loyang kiri dan kananBiar gula sejuk. Gula yang sejuk ini akan keras dan akan retak2 dan berbunyi seperti kaca pecah bila dah keras.Ketepikan.
Bahan Karamel
1 cawan susu cair (Ideal evaporated milk)1 cawan susu pekat manis3 biji kuning telur2 biji telur (putih dan kuning)1 sudu teh esen vanila (Kak Raja guna 2 sudu teh)Kacau telur bersama dengan esen vanila perlahan-lahan hingga sebatiMasukkan susu cair dan susu pekat dan kacau lagi rata-rata dan perlahan-lahan.Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.(Adunan ini tak perlu di bakar dulu ye kerana kita akan bakar adunan ini bersama adunan kek nanti)Adunan Kek Bahan 1
70 gram gula kastor3 biji kuning telur135 ml air45 ml minyak masak2 sudu besar susu pekat manisPukul kuning telur, susu pekat manis, minyak dan air sampai gebu dan tukar warna putihKemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.Adunan Kek Bahan 2
140 gram tepung gandum1 sudu teh baking powderMatikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak terlebih dahuluMasukkan sikit-sikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.Ketepikan.Meringue
6 biji putih telur - pastikan jangan tercampur sedikit pun telur kuning70 gram gula kastor1 sudu teh cream of tartarPastikan semua peralatan dalam keadaan keringPukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul dengan speed tinggi hingga adunan menjadi kental dan kaku, kalau kita terbalikkan mangkuk adunan putih telur ini, ia tidak jatuh!Masukkan 1/3 meringue ke dalam adunan tepung tadiGaul rata secara kaup balikKemudian masukkan semua baki adunan meringue sehingga habis dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak.Letakkan pewarna (seperti purple+pink+biru ATAU yellow+green+pink atau ape saje anda suka)Kemudian tuangkan adunan kek ini ke atas lapisan karamel tadi.Belang-belangkan adunan.Tuang 3 sudu lapisan purple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple, diikuti dengan 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pinkBuat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yang sama dengan 2 sudu pula.Akhir sekali dengan satu sudu.Lorekkan atas adunan dengan lidi.Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 deg celcius. Bila dah masukkankek dalam oven, tukar suhu pada 160 deg celcius.Gunakan api bawah sahaja.Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi.Letakkan loyang yang berisi kek dalam loyang yang berisi air panas tadiLetakkan pada rak bawah dalam oven.Bakar kek pada suhu 160 deg celcius dengan api bawan selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran setengah jam pertamaSelepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyangTerbalikkan kek atas pinggan dan biarkan ke turun sendiriPotong ke bila ia benar-benar telah sejukSimpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lamaKek ini juga sedap di makan di kala sejuk
Selamat Mencuba